Spiced Pumpkin Coffee Latte Pudding

Semalam petang pegi Jaya Grocer, ternampak staf dia tengah susun labu kuning yg baru dipotong. Geramnya tengok labu-labu tu fresh bukan main. Lawa elok aje kalernya. Terasa rasa dlm mulut puding labu ni masa jenguk-jenguk tu. Lama amat tak buat. Last buat 4, 5 thn dulu kot.

Ada pulak Espresso Dolce Gusto Starbucks kat rumah. Wah, jadi aje kijaan petang hari semalam ni. Saya buat guna organic coconut nectar utk gantikan gula. Baru blh mkn tanpa rasa bersalah.

Bahan-Bahan:

Lapisan Labu –

  • 2 cwn labu – kukus
  • 1 pkt serbuk agar-agar swallow plain
  • 1/2 cwn gula castor
  • 1st serbuk kulit kayu manis
  • 1st serbuk halia
  • 1st serbuk buah pala
  • 1/2 st mixed spice
  • 1/2 st vanilla
  • 1 tin susu cair
  • Air (campur susu + air & sukat 600ml)

Lapisan Coffee –

  • 1 pkt serbuk agar-agar swallow plain
  • 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn strong espsresso
  • 600 ml air (termasuk espresso)

Cara Buat:

1. Utk lapisan labu; Blend labu yg dikukus bersama air dan susu. Masukkan dlm periuk sekali dgn semua bahan-bahan lain. Masak sesehingga didih. Masukkan dlm flask supaya kekal panas.

2. Utk lapisan coffee; Masak semua bahan lapisan coffee sampai didih. Masukkan dlm flask supaya kekal panas.

3. Sengetkan acuan dgn mengalas benda di bawah acuan. Tuang 1 cawan lapisan labu dan tunggu sampai lapisan itu keras baru dilapis dgn lapisan coffee. Buat sampai habis.

Resepi Oleh: Faiza Mohammed Asari