Resepi Pengat Pisang Sagu Gula Melaka

Bahan-Bahan:

  • 10 biji pisang (dipotong 3 secara menyerong)
  • 300 ml santan
  • 2 cawan air 2
  • 1 keping gula melaka
  • 2 sudu besar gula
  • 3 helai daun pandan – di ikat
  • 3 sudu besar sagu
  • 1/2 sudu besar garam

Cara-cara:

1. Rebus sagu sesehingga kembang atau bertukar jenih. Bila dah masak angkat dan toskan, ketepikan dulu.

2. Masukkan air dlm periuk bersama gula melaka dan daun pandan. Bila air gula melaka dah mendidih masukkan santan dan kacau sesehingga sebati.

3. Masukkan pisang, gula, dan garam. Kacau sesehingga sebati. Akhir sekali masukkan sagu yg sudah dimasak tadi. Masak sesehingga mendidih, dah siap tutup terus api.

Nota: Sagu dimasak dulu supaya kuah pengat tidak melikat. Rasa dulu pengat sebelum tambah gula. Blh adjust manis ikut kesesuaian. Pengat akan bertambah pekat selpsdah sejuk. Blh simpan pengat di dlm peti ais. Mkn sejuk-sejuk lg sedap.

Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad