Resepi Nasi Lemak Tumis Dgn Ayam Berempah

Nasi Lemak Tumis

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan beras (bersihkan dan toskan)
  • Santan secukupnya
  • Sedikit garam
  • 2 ulas bwg merah (hiris)
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • Halia (ketuk)
  • Sedikit mintak utk menumis

Cara Masak:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, halia dan daun pandan. Masukkan beras dan santan, sukatan santan sama mcm nak tanak nasi, kalau pakai santan kotak, tambahkn air ikut sukatan mcm tanak nasi ye.. Selpsitu masukkan sedikit garam, gaul rata dan tanak mcm biasa.

Resepi Nasi Lemak Tumis Dgn Ayam Berempah

Rasepi Ayam Berempah Simple

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam yg telah dipotong (Basuh dan toskan)
  • 3 Batang serai (Potong dlm 1 inci dan tumbuk kasar sampai urat dia terlerai)
  • 5 Ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk lumat)
  • 1 inci halia (tumbuk lumat)
  • 2 tangkai daun kari (leraikan daun)
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit garam dan perasa
  • Minyak utk mengoreng

+ Bahan yg ditumbuk blh jugak nak belender tapi saya tumbuk je.

Cara Masak:

1. Caranye gaul rata semua bahan dgn ayam dan perap paling kurang 3 jam, lg lama lg sedap. Lpstu blhlah digoreng.

2. Goreng dlm minyak yg byk ye, goreng biar ayam tu tenggelam dlm minyak dgn api yg sederhana.

3. Kalau nak buat byk gandakan bahan-bahan ye, resepi tu utk 1/2 ekor ayam.

Siap resepi nasi lemak tumis dgn lauk ayam goreng berempah simple utk sarapan hari ni. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Lemak Tumis Dgn Ayam Berempah

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman