Resepi Kacang Pedas Bilis

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • rm 5 ikan bilis
  • 3 senduk lada mesin (ikut orang la nak jenis pedas ke tidak)
  • 10 ulas bawang putih (blend)
  • minyak secukupnya
  • gula secukupnya
  • garam secukupnya
  • 2 sudu mkn gula merah
  • 3 biji gula batu
  • 1/2 cawan air

Cara Buat:

1. Goreng kacang tanah dgn minyak yg byk dan api yg slow (mkn masa la ye).

2. Kalau nak garing (jangan sampai pahit) angkat dan toskan miyak. Goreng pulak ikan bilis sampai garing dan toskan.

3. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dlm sesenduk je dlm kuali tu. Tumiskan bawang putih tadi sampai kuning-kuning sikit, masukkan lada mesin, gula, garam, gula merah dan gula batu serta air. Api slow kacau sampai dia likat dan pekat (sambil tu rasa la, apa-apa yg kurang tambah).

4. Bila dah cukup rasa semua uolls tutup la api dan biarkan sejuk. Bila dah betul-betul sejuk baru la uolls gaulkan kacang dan bilis dlm lada tu tadi.

5. Masukkan dlm tapis utk toskan minyak dan simpan dlm bekas bertutup. Siap!

Resepi Oleh: Faizah Md Zain