Resepi Brownies Potong Kukus

Bahan-Bahan Brownies:

  • 100gm self raising flour
  • 4 biji telur
  • 150gm gula kastor
  • 1 tsp ovalette
  • 35gm serbuk koko
  • 60gm dark coklat beryls
  • 20gm mentega
  • 80ml minyak jagung atau minyak masak

Utk Hiasan:

  • Blh guna butter cream atau cheese frosting atau ganache atau apa-apa aje ikut citarasa.
  • Tabur chocolate rice dan parutan cheddar cheese.

Cara-caranya:

1. Satukan mentega dan dark coklat cairkan dan ketepikan. Satukan telur, gula kastor dan ovalette putar sehingga kembang putih.

2. Satukan tepung dan serbuk koko, ayak sekali kemudian masukkan ke dlm adunan sedikit-sedikit kaup balik.

3. Masukkan minyak kaup balik sebati. Masukkan coklat yg dicairkan tadi dan sebatikan.

4. Sediakan loyg saiz 8 inci disapu dgn sedikit mentega dan lapik dgn baking paper, tuang adunan.

5. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih, kukus brownies selama 40 minit atau sehingga masak.

6. Apabila dah masak sejukkan, baru deco disapu dgn butter cream dan dipotong kepd beberapa bahagian, dihias dgn chocolate rice dan parutan cheddar cheese.

Resepi Oleh: Julia ALeen Aireish