Resepi Ayam Goreng Seringgit

Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya. Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung kat rumah.. Anak-anak mesti cakap “sedaplah mama.. blh jual..” Dulu saya gelak je kalau anak cakap mcmtu.. Tapi dr situ saya dptidea dan keyakinan. Alhamdulillah sekarang memang saya dah jadi peniaga ayam goreng pun.

Doakan saya murah rezeki utk buka restoran pulak.. Aamiin.

Bahan-Bahan:

  • Ayam sekor potong 22-24
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar saiz kecik (1)
  • Halia 1 inci
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Lada putih 1 sudu kecil
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Garam dan serbuk perasa adabi

+ Kisar semua bahan sampai halus. Perap pd ayam.

Resepi Tepung Salut:

  • 1 cawan tepung bestari pedas
  • 2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)
  • 1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya:

1. Sediakan 1 bekas utk gaul ayam. Tuang sedikit tepung. Masukkan ayam dlm 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam.

2. Gaul tepung pd ayam (ramas sedikit). Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pd minyak yg sederhana panas (blh salut 2 kali utk kesan lebih rangup).

3. Goreng ayam dlm minyak yg byk, ayam tenggelam ye (utk jimat minyak blh pakai periuk kecik).

4. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dlm.

Hidangkan panas-panas, siap resepi ayam goreng seringgit ala pasar malam.

Nota: Utk lebih senang, blh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain. Tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit, saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh). Blh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Resepi Oleh: Murni Rahmat