Jom Masuk USM. Permohonan Program Diploma Kejururawatan USM 2020 Online. Anda seorang yg berkerjaya dan berminat menjadi seorang jururawat atau nurse? Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan permohonan Diploma Jururawat Universiti Sains Malaysia (USM) thn 2020 spt dikongsikan dr Permohonan@USM.

Utk makluman, permohonan kemasukan ke USM dibuka mengikut saluran saluran / program spt berikut:-

  • SALURAN ALTERNATIF
  • RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH (RPJJ)
  • PROGRAM ANTARABANGSA DOKTOR PERUBATAN USM‐KLE
  • DIPLOMA KEJURURAWATAN
  • DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN RENAL

Permohonan program Ijazah Pertama (Penuh Masa) di bawah Saluran Perdana bg lepasan STPM/ Matrikulasi  KPM/Asasi, UiTM/PASUM/A‐level/IB/AUSMAT dan lain‐lain yg setaraf sesi 2020-2021 adalah melalui UPU Online.

Permohonan Diploma Jururawat USM Sesi Ambilan Thn 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Diploma Jururawat 2020 USM. Permohonan blh dibuat secara online dan akan di buka spt ketetapan berikut :-

Info Penting Diploma Kejururawatan

  • Tarikh Buka/ Tutup Permohonan : 10 Februari 2020 sehingga 13 April 2020
  • Yuran Proses Permohonan : RM 60 – Calon perlu membeli No. PIN USM JURURAWAT dr Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Tempoh Pengajian 3 Thn

Cara Memohon

Permohonan secara dlm talian (online application) melalui laman web di pautan :-

Panduan permohonan blh dirujuk di USM

Tatacara Permohonan Diploma Jururawat USM Online

Permohonan kemasukan ke USM bg program Ijazah Sarjana Muda Penuh Masa melalui Saluran Alternatif, Jarak Jauh, Program Pesisir dan Diploma perlu dikemukakan melalui permohonan atas talian di laman web https://pohon.usm.my. Berikut adalah langkah-langkah dlm membuat permohonan :-

1. PEMBELIAN NO. PIN

  • No. Pin USM di BSN
  • Pastikan No PIN USM yg betul mengikut Saluran

2. DAFTAR PERMOHONAN

  • Daftar permohonan @ Web – https://pohon.usm.my
  • Dapatkan No. Rujukan

3. LOGIN

  • No. Rujukan
  • Kata Laluan (ditetapkan pemohon semasa mendaftar)

4. MAKLUMAT PERIBADI

  • Contoh: tarikh lahir, alamat, no. telefon & sbgnya
  • Tekan butang SETERUSNYA

5. MAKLUMAT AKADEMIK

  • Isi maklumat akademik, contoh: SPM, STPM/Matrik/Asasi Diploma & sbgnya

6. MAKLUMAT KO‐KURIKULUM

  • Mengisi maklumat ko-kurikulum spt badan beruniform / sukan
  • Jika berkaitan

7. MAKLUMAT SOSIO‐EKONOMI

  • Maklumat ibu bapa / penjaga
  • Contoh: Nama, No. K/P, Pekerjaan, Pendapatan dan lain-lain

8. PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN

  • Pilihan program
  • Jika berkaitan

9. MUAT NAIK

  • Contoh dokumen: Salinan MyKad, SPM, STPM/Matrik/Asasi/ Diploma, A-Level, IB dan lain-lain lg

10. PENGESAHAN

  • Tekan butang HANTAR
  • Cetak maklumat permohonan utk rujukan

Syarat-Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan USM :-

Syarat Am

  1. Lulus SPM/Setaraf
  2. Kepujian dlm Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Malaysia Kertas Julai
  3. Lulus mata pelajaran Sejarah

Syarat Khas Program

Lulus SPM dgn dgn lima (5) kepujian

  • MendptKepujian dlm mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mathematics/ Additional Mathematics
  • MendptKepujian dlm mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:-
    • Sains
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Applied Science
  • MendptKepujian dlm mana-mana satu (1) mata pelajaran yg lain

Cemerlang dlm penilaian temu duga

Semoga panduan Permohonan Diploma Jururawat USM 2020 Online ini bermanfaat buat semua pelajar. Selamat membuat permohonan dan semoga anda berjaya mendpttawaran kemasukan nanti.