Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Arab Homemade

Saya tak berapa suka beli mayonis dr kedai. Kalau buat sendiri blh buat mcm-mcm perisa dan tak perlu risau kandungan gula. Sos bawang putih ala Arab saya buat sekali agar tak terbuang putih telur sebab kuningnya saya guna utk Mayo.

Kalau simpan dlm fridge, dua-dua sos ni InshaAllah tahan seminggu. Biasanya bg kami, tak sempat habis seminggu dah khatam. Sos-sos sedap utk sapu dlm wrap, atau dicicah sayuran dr air fryer dan mcm-mcm lg.

Saya guna emulsion/stick blender. Kalau tak ada, guna blender biasapun blh, InshaAllah.

Mayonis Parsley

Bahan-Bahan:

  • 1 biji kuning telur
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 Sudu besar jus lemon segar
  • Sedikit garam dan madu (secukup rasa)
  • Minyak sayuran 200ml
  • 1/2 genggam parsley di racik.

Cara Buat:

1. Mula-mula blend kuning telur dgn bawang putih, jus lemon, garam dan madu. Bila dah bersatu semuanya, alirkan minyak sedikit demi sedikit sambil teruskan memblend. Jika terlalu cair, tambah sedikit lg minyak sehingga dptkonsistensi yg diingini.

2. Akhir sekali, masukkan parsley dan teruskan blend sehingga halus. Siap utk digunakan.

Sos Bawang Putih Arab (Toum)

Bahan-Bahan:

  • 7 ulas bawang putih
  • 1 putih telur
  • 2/3 cawan minyak sayur
  • 1 camca besar jus lemon
  • Garam sedikit

Cara Buat:

1. Blend dulu putih telur dgn bawang putih yg telah dikupas dan dihiris. Bila bawang putih sudah halus, sambil terus memblend, masukkan minyak dgn aliran tetap perlahan-lahan. Adunan akan memekat. Teruskan aliran minyak sehingga adunan agak kental. Sos toum ni lebih kental dr mayonis.

2. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Blend sehingga sebati. Sedap dihidang dlm wrap, dgn kebab, dicicah ayam goreng dan sbgnya.

Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Arab (toum) homemade enak dimkn dgn ayam panggang dan sbgnya. Selamat mencuba.

Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Arab Homemade

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh