Bagaimana cara utk melakukan taubat nasuha?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan taubat nasuha secara lengkap.

Apa yg istimewa:

Taubat nasuha utk setiap jenis dosa yg utama dan biasa berlaku dinyatakan dlm panduan ini.

Jika anda sedang memerlukan tatacara panduan taubat, mari kita mulakan..

Pengenalan Panduan Taubat Nasuha

Siapa yg bertaubat kepd Allah sebelum datangnya Al-Ghargharah, maka Allah akan menerima taubatnya.

— Riwayat al-Hakim di dlm al-Mustadrak no 7661 dan di dlm Sahih al-Jaamik al-Saghir: sahih

Apakah yg dimaksudkan dgn al-Ghargharah itu?

Ghargharah ialah suatu suara yg keluar drpd kerongkong di saat roh ditarik keluar drpd jasad.

Ini bermaksud kita hendaklah bertaubat sebelum datangnya kiamat kecil (kematian) dan kiamat besar.

Orang yg beriman akan menghadap Allah dlm keadaan takut dan mengharap kepdNya.

Panduan ini adalah berdasarkan sebuah risalah yg dikarang Fadhilah al-Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid dan diterjemahkan oleh al-Fadhil Syeikh Daud al-Tetouani.

Oleh itu, manfaatkanlah kesempatan yg telah dikurniakan oleh Allah supaya kelak kita tak memikul bebanan dosa ketika menghadapNya di hari penghisaban.

Selg roh masih belum bercerai dr halkum, selg itulah “jendela” taubat masih terbuka luas buat kita.

InsyaAllah.

Makna Taubat Nasuha

Maksud taubat ialah kembali.

Maka, taubat nasuha blh diertikan sbg:

Taubat yg seikhlasnya, yg mana dia menyesali dosa-dosanya yg telah dilakukan, meminta ampun kepd Allah dan berazam tak akan mengulangi lg dosa tersebut

Syarh Riyadh al-Solehin Min Kalami Sayyid al-Mursalin Imam Nawawi yg disyarah oleh Fadhilah Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Utsaimeen jilid 1, m.s: 38, cetakan Dar Ibn al-Haitsam, Qaherah 2002.

Syarat-Syarat Taubat

Di antara syarat-syarat taubat yg diperkatakan oleh para ulama’ berdasarkan hadis dan ayat-ayat al-Quran adalah:

  • Berhenti serta merta drpd dosa yg dilakukan itu.
  • Mewujudkan rasa menyesal di atas perbuatan dosa yg telah dilakukan dulu.
  • Berazam tak akan melakukan dosa-dosa terdulu.
  • Jika melibatkan hak orang lain, maka hendaklah dipulangkan semula hak orang tersebut dan meminta ampun dan maaf drpd insan tersebut.
  • Cara Taubat Nasuha Dr Beberapa Dosa Utama

    Disini disenaraikan panduan taubat nasuha drpd dosa-dosa utama yg sering berlaku.

    Dosa-dosa ini bukan sahaja memerlukan taubat kepd Allah, malah mengembalikan hak yg sepatutnya bila melakukan kesalahan terhadap manusia lain.

    1. Bertaubat Drpd Zina

    Saya pernah melakukan perbuatan terkutuk dgn seorang perempuan dan sekarang sangat menyesal.

    Bagaimanakah cara saya perlu bertaubat?

    Adakah saya perlu berkahwin dgn perempuan itu sbg tanda taubat?

    Jika perempuan itu hamil, adakah saya wajib memberikan nafkah terhadap anak hasil perbuatan zina tersebut?

    Dlm kes zina, terdpt dua keadaan, iaitu:

    Pertama: Zina Secara Paksa

    Jika dia berzina dgn perempuan tersebut secara paksaan, maka hendaklah dia membayar kepd perempuan tersebut mahar mitsil[1] sbg ganti rugi kemudaratan yg ditanggung.

    Selain itu, hendaklah dia bertaubat kepd Allah dgn sebenar-benar taubat.

    Jika perkara ini sampai ke pengetahuan pihak penguasa, maka perlulah dijatuhkan hukuman yg setimpal ke atasnya.

    Kedua: Zina Suka Sama Suka

    Jika dia berzina dgn perempuan tersebut dgn kerelaan masing-masing, maka tiadalah apa-apa pun pdnya melainkan hanyalah perlu bertaubat kepd Allah dgn sebenar-sebenar taubat.

    Anak tersebut tak blh di’bin’ (dinisbahkan) kepdnya secara mutlak.

    Oleh itu, dinisbahkan anak itu kepd ibunya.

    Dia juga tak wajib memberi nafkah kepd anak tersebut kerana anak tersebut merupakan anak zina.

    Selain itu, orang yg bertaubat ini tak diwajibkan berkahwin dgn perempuan tersebut utk menutup kesalahan tersebut.

    Lelaki yg berzina tak blh mengahwini melainkan perempuan yg berzina, atau perempuan yg musyrik; dan perempuan yg berzina tak dikahwini melainkan oleh lelaki yg berzina atau lelaki musyrik, dan yg demikian itu diharamkan atas orang-orang yg beriman.

    — Surah An-Nur: 3

    Dan tak blh menjalankan akad nikah dgn perempuan yg terdpt janin hasil dr zina dlm perutnya, walaupun dr benih sendiri.

    Dan juga tak blh menjalankan akad nikah dgn perempuan yg tak pasti apakah dia hamil atau tak — walaupun lelaki dan perempuan itu telah bertaubat.

    Jika telah nampak tanda rahim wanita itu bebas[2] dr air mani lelaki itu, maka ketika itu adalah haruslah utk mereka berdua berkahwin dan memulakan kehidupan baru bersama-sama.

    Nota Kaki

    1 Mahar Mitsil: iaitu mahar yg dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yg telah berkahwin dulu dan hendaklah yg dinilai sama dgn mas kahwin keluarganya yg paling dekat sekali spt kakak dan ibu saudara.

    Disamping itu, mas kahwin juga dinilaikan berdasarkan keadaan perempuan itu sendiri dr segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sbgnya.

    2 Istibra’ rahim (pembebasan rahim) ialah utk memastikan perempuan tersebut tak hamil hasil penzinaan tersebut, iaitu dgn menunggu haid sebyk sekali.

    Maka selps tempoh itu, dptlah diketahui yg perempuan itu hamil atau tak.

    Jika hamil, maka hendaklah dia menunggu sesehingga melahirkan anak.

    Iddah dan istibra’ rahim adalah perkara yg berbeza.

    Ini kerana iddah adalah hak pasangan suami isteri yg sah dan bukannya zina. Manakala dlm kes zina, ia adalah istibra’ rahim.

    Kata Syeikh Saleh Utsaimeen:

    “Iddah adalah hak seorang suami yg menceraikan isterinya. Sedangkan lelaki yg berzina dgnnya statusnya bukan suami melainkan fajir/penzina.” (Syarh al-Mumti’ [5/215, cetakan Darul Atsar])

    Maka selps perempuan yg berzina itu bertaubat dan selesai melakukan Istibra’ rahim, maka adalah sah utk dikahwini.

    Jikalau penzina lelaki itu ingin mengahwini perempuan tersebut, syaratnya adalah lelaki tersebut sudah bertaubat terlebih dulu.

    2. Adakah Wajib Mengakui Dosa Silam Kepd Suami?

    Saya telah berkahwin dgn seorang lelaki yg baik.

    Tetapi malangnya, pd waktu silam saya pernah melakukan perbuatan terkutuk.

    Apakah saya harus menceritakan dosa silam kepd suami saya?

    Tak wajib kepd mana-mana pihak utk menceritakan dosa silamnya kepd pasangannya.

    Selg mana Allah menutup keaiban diri kita, maka cukuplah kita bertaubat dgn sebenar-benar taubat kepdNya.

    Dan sesiapa yg telah mengahwini seorang anak dara dan apabila tiba malam perkahwinannya dia mengetahui bahawa perempuan tersebut tak suci lg disebabkan dosa silam yg dilakukannya, maka lelaki itu berhak mengambil semula mahar yg telah diberikan serta menceraikannya.

    Jika perempuan tersebut sudah bertaubat, maka rahsiakanlah hal tersebut dan kekallah bersama perempuan itu.

    Dgn izin Allah, InsyaaAllah suami yg bersabar akan dikurniakan pahala oleh Allah.

    3. Taubat Drpd Mencuri

    Bagaimanakah taubat bg seorang pencuri?

    Pertama sekali, jika benda yg dicuri tersebut masih berada dlm simpanan, maka wajib dipulangkan kembali benda tersebut kepd tuannya dgn segera.

    Jika benda itu telah rosak atau musnah (atau sudah buruk), maka wajiblah menukar ganti benda tersebut dan memulangkan kembali kepd tuannya.

    Jika tak mampu, maka mintalah maaf serta tolak ansur drpd pemilik barang tersebut.

    Bagaimana jika tak berani utk berterus terang kepd pemilik barang tersebut?

    Dlm hal ini, pulangkan kembali barang yg dicuri itu menggunakan dgn menggunakan orang tengah.

    Minta orang tengah tersebut menyampaikan barang tersebut tanpa menyebut nama kita.

    Selain itu, kita juga blh memulangkan barang menggunakan pos atau meletakkan barang curi tersebut di tempat asalnya tanpa pengetahuan pemilik asal.

    Apa yg penting adalah barang tersebut selamat sampai kepd pemilik sebenar barang itu.

    Bagaimana jika gagal memulangkan barang yg dicuri?

    Saya pernah mencuri harta syarikat di tempat kerja dan berhenti kerja. Namun sekarang ini saya telah bertaubat serta sangat menyesal.

    Saya ingin memulangkan kembali harta tersebut. Tetapi syarikat tersebut telah berpindah dan saya gagal mengesan alamat terbaru mereka.

    Apa yg harus saya lakukan?”

    Pertama sekali, hendaklah kita terlebih dulu sedaya upaya mencari tempat dan alamat syarikat atau tuan punya syarikat tersebut dgn segala jalan yg ada.

    Jika insan tersebut telah mati, maka pulangkanlah benda tersebut kepd waris atau keluarga tuan punya syarikat tersebut.

    Jika masih juga tak menjumpainya setelah habis segala ikhtiar, maka sedekahkanlah harta tersebut sbg penebus kepd harta yg dicuri itu, dan niatkanlah ia utk insan atau syarikat tersebut – walaupun insan atau syarikat tersebut adalah kafir.

    Kerana Allah akan memberikan kepd mereka harta di dunia tetapi tak di akhirat kelak.

    4. Mengambil Harta Anak Yatim & Menjadikan hasil curi sbg modal perniagaan

    “Saya mengambil harta anak yatim dan menjadikan ia modal perniagaan. Setelah sekian lama, saya mendpt keuntungan dan harta tersebut telah bertambah berkali ganda.

    Sekarang saya telah bertaubat dan bagaimana harus saya serahkan harta tersebut?

    Para ulama telah mengeluarkan byk pendpt mengenai hal ini.

    Namun pendpt yg paling pertengahan ialah hendaklah memulangkan modal asal itu kepd anak yatim tersebut dan ditambah bersama dgn setengah drpd keuntungan tersebut.

    Maka jadilah kamu dan anak yatim tersebut seakan-akan rakan kongsi terhadap keuntungan tersebut, dan dlm masa yg sama kamu telah pun memulangkan hak mereka.

    Pendpt ini dinyatakan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah al-Harrani. Pendpt ini telah diperkuatkan oleh Imam Ibnu Qayyim rhm di dlm al-Madaarij.

    Begitu juga jika seseorang telah mencuri beberapa ekor ternakan drpd unta atau kambing, lalu binatang yg dicuri itu membiak dan beranak – maka hendaklah dipulangkan binatang yg dicuri itu beserta setengah ekor drpd anak-anak binatang tersebut kepd tuan asalnya.

    Jika binatang (ibunya) itu telah mati, maka berikanlah harga binatang tersebut bersama setengah ekor anak-anaknya kepd tuannya.

    ContohnyaKamu telah mencuri duit seorang anak yatim itu sebyk RM1000.

    Selps itu kamu telah memperniagakan wang curi tersebut dan menjadikannya sbg modal, lalu mendpt keuntungan hasil wang curi yg diperniagakan itu sebyk RM4000.

    Selps itu kamu bertaubat dan ingin memulangkannya.

    Oleh itu, hendaklah dipulangkan RM1000 dan ditambah bersama setengah drpd keuntungan tadi iaitu RM2000.

    Maka jadi RM3000 yg perlu dipulangkan.

    Wallahu a’lam.

    5. Bertaubat Drpd Dosa yg Melibatkan Hak Manusia Lain

    Hendaklah sesiapa yg ingin bertaubat itu melpskan diri dr belenggu kezaliman silamnya yg dulu dgn melunaskan kembali perkara tersebut dgn:

    • Membayar kembali jika berkaitan dgn duit dan harta benda.
    • Hendaklah meminta dihalalkan atau meminta supaya dia memaafkanmu.

    Jika dia memaafkanmu, maka segala puji bg Allah.

    Andai tak, pulangkan kembali haknya.

    Sesiapa yg mempunyai kezaliman terhadap saudaranya, iaitu yg berupa maruah atau harta benda, maka mintalah kepdnya agar dihalalkan (perkara-perkara tersebut) cepat-cepat sebelum diambil drpdnya di hari tiadanya dinar juga dirham, (yg mana pd hari itu) jika dia mempunyai amalan soleh, maka akan diambil drpd amalan tersebut sekadar kezaliman yg dilakukannya, jika dia tak mempunyai apa-apa amalan (soleh), maka akan diambil pula kejahatan-kejahatan orang yg dizaliminya itu, lalu diberikan kepdnya.

    –        Muttafaqun ‘Alaihi

    6. Bertaubat Dr Mengambil Rasuah

    Saya pernah mengambil rasuah, kemudian saya telah bertaubat.

    Maka apakah yg perlu saya lakukan dgn duit-duit rasuah yg pernah diterima?

    Rasuah biasanya berlaku dlm dua keadaan ini:

    1) Mengambil rasuah drpd orang yg dizalimi

    Keadaan ini berlaku apabila orang yg dizalimi tersebut terpaksa membayar rasuah utk menuntut kembali haknya, dimana dia tak mungkin akan mendpt kembali haknya melainkan dgn membayar rasuah.

    Maka dlm keadaan sebegini, wajiblah keatas orang yg ingin bertaubat ini memulangkan kembali duit rasuah tersebut kepd pemberi rasuah jenis ini.

    Kerana hukumnya dikira spt harta yg dirampas, dan orang yg memberi rasuah tersebut seakan-akan dipaksa.

    2) Mengambil rasuah drpd orang zalim

    Jika pemberi rasuah tersebut memberikan rasuah kepd perkara yg tiada terdpt haknya di situ, maka dlm keadaan ini, duit tersebut tak perlu dipulangkan.

    Duit tersebut hendaklah dibelanjakan pd jalan kebaikan yg diharuskan spt memberikannya kepd fakir miskin.

    Taubatnya sama spt sesiapa yg mengambil hak orang lain dr tuannya.

    7. Bertaubat Drpd Mengumpat Orang

    Jika kita pernah mengumpat dan memburukkan orang lain, adakah disyaratkan supaya kita memberitahu mereka tentang dosa tersebut disamping meminta maaf?

    Masalah sebegini terletak pd perkara berkaitan masalih (perkara yg blh mendatangkan kebaikan) dan juga mafasid (perkara yg blh mendatangkan keburukan dan kemudaratan) jika kamu memberitahu mereka tentang umpatan kamu dan tuduhan kamu kepd mereka itu.

    Jika perkara tersebut tak menambahkan kemarahan dan kesedihan mereka, maka berterus-teranglah kepd mereka tentang hal tersebut secara umum sahaja (tanpa perlu memperincikan tentang perkara tersebut) berserta meminta maaf dgn penuh penyesalan.

    Manakala, jika anda risau atau takut apabila diberitahu mereka tentang perkara tersebut akan mengakibatkan permusuhan dan pergaduhan yg besar (bakal berlaku kemudharatan yg besar), oleh itu cukuplah kita bertaubat dgn memenuhi beberapa perkara berikut:

    • Hendaklah menyesal dan hendaklah meminta keampunan drpd Allah, serta cuba bermuhasabah tentang betapa haram dan terkutuknya perbuatan tersebut.
    • Hendaklah memuji insan yg diumpati itu dgn pujian kebaikan di hadapan orang lain. Sebutkan segala kebaikan-kebaikan insan tersebut.
    • Hendaklah dia membela insan yg diumpatinya itu, jika adanya orang lain sedang mengatakan perkara tak baik terhadap insan tersebut.
    • Berdoa kepd Allah agar diampunkan dosa orang yg diumpatinya (tanpa pengetahuannya)

    8. Bertaubat Dr Pekerjaan Yg Haram

    Saya telah bekerja dlm bidang yg haram dan telah mendpt gaji hasil dr kerja tersebut?

    Apakah saya perlu memulangkan kembali gaji ini kepd majikan saya?

    Menurut pendpt Ibnu Taimiyah:

    Seseorang yg bekerja dlm bidang yg haram, atau memberikan perkhidmatan yg haram dan telah bertaubat kepd Allah serta masih mempunyai saki-baki gaji dr kerja tersebut:

    – maka hendaklah dia membelanjakan wang tersebut tanpa perlu dia memulangkan semula wang tersebut kepd majikannya.

    Seorang pelacur yg telah bertaubat taklah perlu dia memulangkan kembali wang yg diperolehinya kepd bekas pelanggannya.

    Seorang penyanyi yg membuat persembahan yg diharamkan (tak mengikut syarak) tak perlu memulangkan kembali duitnya kepd penganjur konsert tersebut.

    Kerana jika dia memulangkan kembali wang haram tersebut kepd penganjur itu, maka dia telah menghimpunkan kembali duit haram itu dan seterusnya menolong penganjur itu meneruskan kerja haramnya.

    Maka cukuplah utk membelanjakan wang tersebut utk kegunaan lain.

    9. Blhkah Menghapuskan Simpanan Barang-Barang Yg Haram Dgn Menjualnya?

    Saya telah bertaubat kepd Allah, tetapi dlm masa yg sama saya masih mempunyai simpanan barang-barang yg haram spt peralatan judi, arak, filem lucah dan sbgnya.

    Saya ingin menghapuskan semua barang tersebut dr hidup saya.

    Blhkah saya menjualnya?

    Jawapannya adalah tak blh.

    Tak blh menjual barang-barang yg haram dan hasil yg diperolehi dr penjualan barang-barang tersebut adalah haram!

    Rasulullah SAW bersabda:

    Sesungguhnya Allah jika sudah mengharamkan sesuatu, maka akan diharamkan juga harganya (hasil dr perkara yg diharamkan tersebut)

    — Riwayat Ali Ibn Ja’ad, Abu Daud, al-Syafiey, Ahmad, al-Daraqutni dan al-Baihaqi.

    Apabila kita sudah tahu jika kita menjual sesuatu barang dan pembeli tersebut akan menggunakannya ke jalan yg haram, maka hukumnya tak blh menjual barang tersebut.

    Dan janganlah kamu bertolong-tolong didlm perkara dosa dan permusuhan.

    — Al-Maidah: 2

    Adakah Perlu Mengaku & Minta Dijatuhkah Hukuman?

    Adakah disyaratkan utk mengakui segala jenayah silam di mahkamah dan meminta dijalankan hukuman?

    Tak wajib seseorang itu utk mengaku segala jenayah silamnya dihadapan seorang hakim supaya dijalankan hukuman ke atasnya.

    Sesiapa yg telah Allah tutup segala rahsianya, maka tak mengapalah utk dia menutupi rahsia dirinya sendiri.

    Cukuplah dgn taubat kepdNya dgn sebenar-benar taubat dan mengakui segala dosa-dosa silam itu dihadapanNya.

    Bertaubat Atas Satu Dosa, Tetapi Tak Bertaubat Utk Dosa Yg Lain

    Adakah sah taubat saya, jika saya hanya bertaubat utk satu dosa, tetapi masih belum bertaubat terhadap dosa yg lain?

    Sah taubat terhadap satu dosa walaupun tak bertaubat utk jenis dosa yg lain.

    Tetapi ini hanya terpakai jika dosa tersebut bukanlah dr jenis dosa yg sama, dan juga tak ada kaitan dgn dosa yg pertama.

    Contohnya:

    Jika seseorang itu bertaubat drpd dosa mencuri dan dia tak bertaubat utk dosa minum arak, maka taubatnya terhadap mencuri tersebut adalah sah.

    Tetapi jika dia bertaubat drpd mencuri kereta dan tak bertaubat dr mencuri wang tabung masjid, maka taubatnya taklah sah.

    Sama juga dgn sesiapa bertaubat dr menghisap syisya dan tak bertaubat drpd minum arak.

    — ia tak dikira sah taubatnya kerana setiap perlakuan tersebut sama sahaja dr segi jenis, rupa dan keadaannya.

    Cuma sahaja dijadikan seakan-akan berlainan.

    Keburukan Melakukan Dosa Secara Berterusan

    Imam Ibnu Qayyim rhm ada menyatakan beberapa keburukan melakukan dosa-dosa secara berterusan di dlm kitab beliau, al-Daa’ wa al-Dawaa’

  • Haram dr mendpt ilmu yg bermanfaat.
  • Kemurungan dan wujudnya keresahan yg meresahkan di dlm hati.
  • Disusahkan urusan di dlm kehidupan seharian.
  • Diharamkan dr berlaku taat.
  • Diharamkan mendpt keberkatan.
  • Kurangnya berasa kedamaian.
  • Disempitkan dada.
  • Membiakkan perkara-perkara dosa yg lain.
  • Dibiasakan berterusan melakukan dosa.
  • Dihinakan oleh Allah.
  • Dihinakan oleh manusia lain.
  • Dilaknati oleh segala binatang ternakan.
  • Ditandakan titik hitam di atas hati.[3]
  • Diletakkan di bawah kelaknatan.
  • Terhalang dimakbulkan doa.
  • Dihapuskan rasa malu.
  • Ditarik nikmat dr Allah.
  • Sentiasa merasa takut di dlm hatinya.
  • Tergolong di dlm tawanan syaitan.
  • Mati di dlm keadaan yg buruk.
  • Mendpt azab seksa Allah di akhirat.
  • 3 Spt dlm hadis nabi yg bermaksud:

    Sesungguhnya seorang hambah itu jika melakukan satu dosa, maka akan dititik pd hatinya suatu titik hitam. Jika dia bertaubat dan berhenti dr dosa itu, maka akan dibersihkan hatinya itu. Jika dia kembali melakukan dosa itu kembali, titik hitam akan bertambah sesehinggalah hatinya hitam berkarat, dan itulah yg dinamakan al-Raan (tutupan)

    — al-Hakim dlm al-Mustadrak no. 3908, jilid 2, m.s 562, al-Baihaqi di dlm al-Sunan no. 20763, jilid 10 m/s: 316

    Penutup: Yakinlah Allah Itu Maha Pengampun

    Katakanlah: Hai hamba-hambaku yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yg Maha Pengampun lg Maha Penyayg

    — Surah al-Zumar 53

    Inilah kehebatan dan kebesaran sifat al-‘Afuw (Yg Maha Pemaaf) dan al-Ghaffar (Yg Maha Pengampun) Allah SWT.

    Oleh itu yakinlah, apabila seorang pendosa menyesal, meminta ampun dan membuat amalan soleh, pasti akan diampunkan segala dosa.

    Pasti!

    Sumber: AkuIslam.com