Kredit foto: Instagram Fad Bocey

     

   
A- 
A+

Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau nama popularnya, Fad Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyampai radio Malaysia.

Kariernya mula berkembang selps penyertaan dlm pertandingan Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3, sebelum menjadi salah seorang drpd ahli kumpulan Bocey bersama Abam dan Fad.

    

Baca: Biodata Pelawak Abam Bocey

Baca: Biodata Pelawak Achey Bocey

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie bin Nizam.
  • Menggunakan nama komersial, Fad Bocey. Juga dikenali sbg Fad Bocik.
  • Berumur 29 thn.
  • Lahir pd 13 Februari 1991 di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.
  • Bergiat dlm dunia hiburan sbg pelawak, pelakon dan juruhebah radio sejak thn 2013 .
  • Menganggotai kumpulan lawak trio, Bocey yg turut disertai Achey dan Abam.
  • Bakatnya dicungkil drpd rancangan pencarian bakat TV3, Bintang Mencari Bintang musim pertama pd 2013, bersama kumpulan Bocik yg meletakkan mereka di kedudukan kedua.
  • Turut menganggotai kumpulan Selak dlm program Raja Lawak musim keenam pd 2012.
  • Membintangi filem Hantu Tok Mudim, Kawan Aku Mati Dlm Rumah Sewa, Suatu Malam Kubur Berasap 2, Warna Cinta Impian dan Zack Kapcai.
  • Termasuk telefilem Samba Bola Kampung, Homestay Berhantu, Bocey Beraya, Salah Susuk Raya, Bocey Mencecey dan Tiga Bahadol, selain sitkom Bocey & Friends.
  • Akaun Instagramnya atas nama @fadbocey sesehingga kini mencatatkan lebih 2.3 juta pengikut.

     

Kehidupan Peribadi

  • Anak kepd pasangan Mohd Nizam bin Mohd Khalid (bapa) dan Mutiara binti Mohammed (ibu).
  • Mendirikan rumah tangga dgn Nur Syahirah A. Rahman yg merupakan adik angkat kepd pelawak Jihan Muse pd 14 Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
  • Pd 10 Februari 2020, rakan seperjuangannya, Syed Umar Moktar atau Abam Bocey menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang tidur di kediamannya di Gombak selps mengalami demam panas.

    

Baca: Biodata Pelawak Ali Puteh, Adik Abam Bocey

Baca: Biodata Penyanyi Naim Daniel

    

Pencapaian Karier

2013

  • Naib Juara Bintang Mencari Bintang (Kumpulan Bocik)
  • Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)

2014

  • Tempat Kelima Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)

2015

  • Tempat Kelima Juara Parodi (Kumpulan Righthanded)

2016

  • Juara Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)
  • Tempat Keempat Super Spontan Superstar

2017

  • Juara Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)

2018

  • Juara Super Spontan Xtravaganza
  • Naib Juara Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)

2019

  • Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega

    

Foto

Kredit foto: Instagram Fad Bocey

    

Video

Kredit video: Bocey Ni Kenal Ke Sesama Sendiri? Kita Test Friendship Dorang!

    

Sumber:

1. Wikipedia Fad Bocey

2. Wikipedia Raja Lawak

3. Fad (Bocey) Nikah Nur Syahirah 14 Mac

4. Meriahnya! Foto Menarik Sekitar Sambutan Hari Jadi Anak Kembar Fad Bocey