Turunkan Kolesterol Tinggi Dalam Darah Dengan 5 Jenis Susu Ini

Turunkan Kolesterol Tinggi Dalam Darah Dengan 5 Jenis Susu Ini

Kolesterol penting bagi tubuh untuk menghasilkan:

  • Sel-sel membran
  • Hempedu
  • Sesetengah hormon
  • Vitamin D

Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu:

  • Kolesterol baik (high density lipoprotein atau HDL)
  • Kolesterol buruk (low density lipoprotein atau LDL)

Fungsi kolesterol baik;

Membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati dan kemudiannya akan memproses kolesterol serta mengeluarkannya daripada tubuh.

Fungsi kolesterol buruk;

Boleh mengenapkan kolesterol pada dinding saluran darah, menyumbat arteri-arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Bacaan kadar kolesterol pada mg/dL (miligram untuk setiap desiliter):

  • Baik – 170 ke bawah
  • Pertengahan – 170 – 199
  • Tinggi – 200 ke atas

Selain daripada orang dewasa, kanak-kanak juga boleh mengalami kadar kolesterol tinggi (hiperkolesterolmia). Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila mereka dewasa.

Tiga sebab kanak-kanak mempunyai kolesterol tinggi:

  • Keturunan
  • Diet
  • Obesiti

Bagi memastikan kadar kolesterol anda berada di tahap normal, Anda disarankan melakukan pemeriksaan kadar kolesterol secara rutin.

Bagi individu berusia 20 tahun ke atas, adalah disarankan untuk melakukan pemeriksaan kadar kolesterol setiap lima tahun. Namun, jika anda berisiko tinggi, Anda perlu membuat pemeriksaan yang lebih kerap.

Berikut ini beberapa jenis susu yang boleh diamalkan kepada mereka yang mengandungi kadar kolesterol tinggi dalam badan.

  • Susu lembu jenis whole milk
    Jenis susu ini merupakan yang paling mudah dijumpai di pasaran. Contohnya adalah susu UHT (ultra heat temperature) full cream. Kelebihan dari susu jenis ini adalah memiliki kandungan kalsium dan protein yang tinggi. Segelas susu (250 mililiter) ini sanggup mencukupi lebih dari sepertiga keperluan kalsium harian tubuh Anda. Meski demikian, whole milk memiliki kandungan lemak tepu sebesar 4 peratus. Sebetulnya, jumlah kandungan lemak ini tidaklah banyak. Namun pada penderita kolesterol tinggi, sedikit suapan lemak tepu saja boleh meningkatkan kadar lemak jahat (LDL) secara signifikan. Ini adalah kerana sebahagian besar penderita kolesterol tinggi mengalami gangguan metabolisme lemak dalam tubuhnya. Oleh kerana itu, tambahan sedikit lemak saja boleh memburukkan lagi kondisi tubuh.
  • Susu lembu rendah lemak dan susu skim
    Susu lembu rendah lemak (low fat milk) dan susu skim (skimmed milk) merupakan produk susu yang melewati serangkaian proses, sehingga kadar lemaknya berkurang. Dibandingkan dengan susu jenis whole milk, kedua jenis susu ini memiliki kadar lemak yang lebih rendah. Meski serupa, susu rendah lemak dan susu skim tidaklah sama. Dengan proses pembuatan yang berbeza, susu rendah lemak memiliki kandungan lemak sebesar sekitar 1 peratus, sedangkan susu skim memiliki kandungan lemak mendekati kosong peratus.
  • Susu almond
    Jenis susu almond agak popular. Selain rasanya yang unik, kandungan gizi di dalamnya cukup baik dengan kadar lemak yang sangat rendah. Selain itu, jenis susu ini juga memiliki kandungan kadar kalsium dan vitamin E yang tinggi. Bahkan, kadar vitamin E dalam susu almond lebih tinggi dibandingkan yang terkandung pada susu lembu. Namun demikian, hampir semua susu almond yang dijual di pasaran sudah dicampur dengan gula yang tidak sedikit jumlahnya. Oleh kerana itu, bagi Anda yang menderita kolesterol tinggi, minumlah susu almond yang tidak mengandungi gula.
  • Susu beras (rice milk)
    Jenis susu ini menjadi pilihan para vegetarian. Selain tidak mengandungi kolesterol, susu beras juga tidak mengandung lemak, namun memiliki kadar kalsium yang hampir sama dengan susu lembu. Meski begitu, susu beras hanya mengandung sedikit protein, dan justeru itu, memiliki kadar karbohidrat yang cukup tinggi. Oleh kerana itu, susu beras tidak dianjurkan untuk diminum dalam jumlah terlalu banyak. Jika ingin minum susu beras, jangan lupa untuk melengkapi dengan protein dari makanan lain seperti tauhu, tempe, kekacang atau ikan.
Loading...

Tags: #fungsi kolesterol #kadar kolesterol #kolesterol tinggi #susu untuk kolesterol tinggi #turunkan kolesterol

author
Author: 
    Anak Tidak Suka Makan Sayur? Ini Tips Boleh Ibu Bapa Cuba!
    Tips Mengajar Anak Tidak Suka Makan Sayur Sayur dan buah-buahan bukanlah makanan kegemaran
    11 Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang Dan Cuti Panjang
    Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang Bukan selalu semua ahli keluarga dapat berkumpul
    Anak Degil Dan Suka Melawan. Ini Cara Menanganinya
    Cara Atasi Anak Degil Dan Suka Melawan Anak yang degil dan suka melawan
    Cara Memupuk Tabiat Kewangan Kanak-kanak & Mendidik Anak-anak Dengan Wang
    Pendidikan kewangan semenjak usia muda adalah sangat penting bagi memupuk budaya menabung dalam

    Leave a reply "Turunkan Kolesterol Tinggi Dalam Darah Dengan 5 Jenis Susu Ini"

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.