Tips Mengembara Secara Backpacking. Cheklist Patut Anda Ketahui!

Tips Mengembara Secara Backpacking. Cheklist Patut Anda Ketahui!

Buat mereka yang suka mengembara, perkataan Backpackers sudah pasti menjadi sinonim dengan mereka. Backpackers yang diambil dari perkataan backpacking merujuk kepada pengembara yang mengembara dengan kos yang rendah.

Jika sebelum ini anda sudah lazim dengan pengembaraan yang agak biasa, apa kata cuba rancang pengembaraan backpacking yang pasti akan melakar pengalaman hebat buat anda. namun, sebelum memulakan pengembaraan backpacking, ini beberapa tips untuk anda.

  • Rancang destinasi yang hendak dituju

Adalah amat penting bagi individu ataupun kumpulan backpackers merancang destinasi yang ingin ditujui supaya segala aspek seperti kos perbelanjaan dapat dirancang dan terkawal.

  • Susun atur kelengkapan dengan kemas

Anda dicadangkan menyusun atur kelengkapan peribadi seperti pakaian dengan kemas supaya penggembaraan anda lebih lancar dan teratur. Adalah dicadangkan anda mengamal konsep less is more.

  • Simpan duit di beberapa tempat atau bahagian

Jika terdapat kecemasan seperti kehilangan wang, dengan adanya duit yang disimpan di beberapa tempat selain beg duit mampu menyelamatkan anda.

  • Gunakan perkhidmatan kenderaan awam

Rata-rata penggembara sering melakukan kesalahan ini dengan menyewa kenderaan dengan kadar sewa yang mahal. Apa kata gunakan perkhidmatan kenderaan awam yang sudah pasti menjimatkan kos

  • Laporkan kepada keluarga atau pihak berkuasa

Jika anda memilih untuk mengembara seorang diri, jangan lupa untuk beritahu ahli keluarga mengenai percutian anda. Bagi yang ingin mengembara lasak seperti di dalam hutan, pastikan anda membuat laporan bagi memberitahu kehadiran anda di sana.

  • Belajar dan kuasai bahasa tempatan

Jika anda berkunjung ke sesebuah negara, cuba belajar dan kuasai bahasa tempatan. Banyak kelebihannya jika anda dapat kuasai bahasa tempatan.

  • Menginap di asrama

Bagi menjimatkan kos, adalah dicadangkan jika anda menginap di asrama. Bukan sahaja menjimatkan wang, malah anda mungkin berjumpa dengan kawan baru.

  • Makanan sendiri

Jangan lupa untuk bawa makanan sendiri seperti bar tenaga yang dapat membantu anda untuk kekal aktif dan bertenaga.

  • Awas dengan penyeluk saku dan ulat tiket

Dapatkan tiket perkhidmatan kenderaan awam sebagai persiapan awal bagi mengelakkan daripada terkena umpan ulat tiket.

  • Persiapan ubat-ubatan

Persiapan awal ini dapat membantu sekiranya penggembara berada dalam kecederaan.

Semoga tips ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam merancang perjalanan anda.

Rujukan :

http://www.projektravel.com

Tags: #backpacker #backpacking #backpacking travel #mengembara dalam kos yang rendah #pengembaraan bujet #persediaan backpackers #persedian untuk travel backpacking #persedian untuk travel secara backpacking #Tips travel #tips travel backpackers #tips travel backpacking #tips untuk mengembara backpacking #travel backpacker

20 Taman Tema Air Di Malaysia Berserta Harga Tiket. Destinasi Pilihan Cuti Sekolah!
Pernahkah anda tahu tentang kewujudan Malaysia in Miniature Land atau Mimaland di Gombak?
11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo
Terkadang menghabiskan waktu sendirian itu lebih baik daripada menghabiskan waktu untuk mengikuti keinginan
Tips Keselamatan Sewaktu Mengembara Secara Solo
Memulakan pengembaraan secara solo, sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang, memang
Taman Eko Rimba Sekitar Kuala Lumpur. Tempat Riadah Seisi Keluarga!
Terdapat beberapa taman rimba di sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang menjanjikan suasana

Leave a reply "Tips Mengembara Secara Backpacking. Cheklist Patut Anda Ketahui!"