Petua Bersihkan Kain Pengelap Dapur Supaya Lebih Bersih & Selamat

Petua Bersihkan Kain Pengelap Dapur Supaya Lebih Bersih & Selamat

Jika dapur anda sering digunakan pada setiap waktu, pasti terdapat kekotoran terhasil akibat kerja memasak. Bagi mengatasi masalah kekotoran tersebut, pilihan yang sering dibuat adalah dengan menggunakan kain pengelap untuk membersihkan kembali kekotoran tersebut.

Kain pengelap biasanya sering digunakan untuk membersihkan kotoran yang terlekat pada dapur memasak. Sudah pasti ia akan kotor dan berbau kurang enak jika dibiarkan.

Oleh yang demikian, pada kali ini, penulis akan berkongsi petua supaya kain pengelap sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan.

Bahan-bahan adalah seperti berikut, ia pasti ada di dapur anda;

  • Serbuk soda bikarbonat
  • Cuka
  • Air panas

Cara-caranya adalah seperti berikut;

  1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
  2. Kemudian masukkan cuka. Kacau sehingga rata.
  3. Seterusnya masukkan kain pengelap yang kotor tadi dan rendam sepenuhnya. Biarkan kain terendam semalaman.
  4. Keesokkan harinya, bilas kain tersebut dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Kain pengelap anda akan lebih bersih dan tidak lagi berbau.
Loading...

Tags: #bahan cuci kain lap dapur #cara bersihkan kain pengelap #cara Bersihkan Kain Pengelap Dapur Supaya Lebih Bersih #dapur #kain pengelap dapur #kain pengelap kotor #lap dapur #mop dapur #petua bersihkan kain lap dapur #Petua Bersihkan Kain Pengelap Dapur Supaya Lebih Bersih #tips Bersihkan Kain Pengelap Dapur Supaya Lebih Bersih

author
Author: 
    Menghilangkan Bau Kurang Enak Di Dapur Anda Dengan Tips Mudah Ini!
    Dapur merupakan salah satu ruangan penting dalam rumah kerana di situlah semua makanan
    Bahan-Bahan Asas Masakan Yang Perlu Ada Di Dapur Anda. Petua Memasak!
    Ketika Anda terlalu malas untuk pergi ke kedai atau pasar untuk membeli bahan
    Minyak Masak Mudah Keruh Dan Kotor, Ini Petua Merancang Aktiviti Memasak Anda!
    Ketika berada di dapur, anda perlu tahu satu perkara asas ketika menggoreng makanan.
    7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda
    Dalam sesuatu masakan, selain sihat dan berkhasiat, tentunya kita juga harus mempertimbangkan rasa.

    Leave a reply "Petua Bersihkan Kain Pengelap Dapur Supaya Lebih Bersih & Selamat"

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.