Perangkap Cicak Rumah D.I.Y Paling Ringkas & Berkesan!

Perangkap Cicak Rumah D.I.Y Paling Ringkas & Berkesan!

Kita sering kali marah dengan kehadiran cicak di dalam rumah, lebih-lebih lagi apabila binatang itu sering membuang najis di dalam rumah, samada di atas karpet, belakang almari dan yang paling dasyat di dalam makanan yang tidak di tutup.

Walaupun cicak rumah bukanlah haiwan berbisa, tetapi tabiat cicak yang mengotorkan ruang rumah memberi tekanan kepada kita. Penggunaan racun perosak untuk membunuh cicak memang berkesan tetapi jika kehadiran bahan beracun mungkin akan memudaratkan seisi keluarga terutama kepada anak kecil.

Pada posting kali ini, penulis akan berkongsi cara membuat perangkap cicak DIY yang mudah dan ringkas. Berikut adalah bahan-bahannya ;

Bahan-bahan :

  1. Botol plastik minum terpakai
  2. Tisu
  3. Air
  4. Gula (atau susu pekat manis)
  5. Minyak masak

Cara membuatnya:

  1. Potong botol minuman di bahagian atas.
  2. Letakkan tisu di bahagian dasar botol. Tisu ini bertujuan untuk mengalas dan menyerap “umpan” supaya sebati di dalam bekas.
  3. Masukkan gula pasir atau susu pekat manis.
  4. Masukkan sedikit air. Jika anda menggunakan susu manis, anda tidak perlu masukkan air.
  5. Sapukan sedikit minyak masak pada bahagian dalam botol plastik dan bahagian luar pada atas botol yang dipotong tadi. Ini bertujuan untuk menghalang cicak daripada memanjat keluar dari botol tadi apabila terperangkap.
  6. Letakkan semula bahagian atas botol yang dipotong tadi dengan cara menterbalikkannya.
  7. Perangkap bersedia untuk diuji.
  8. Pastikan perangkap ini diletakkan ke sisi dinding atau ruang yang memungkinkan cicak akan turun masuk ke dalam perangkap seperti tepi dinding, tepi almari dan lokasi laluan cicak.

Diy Tangkap Cicak

Loading...

Tags: #banyak cicak di rumah #buat perangkap cicak #bunuh cicak #cicak berak merata #cicak rumah #diy perangkap cicak #halau cicak #masalah cicak rumah #perangkap cicak #tahi cicak #tangkap cicak rumah #umpan cicak

author
Author: 
    Idea Permainan DIY Buat Anak Anda. Aktiviti Keluarga Di Waktu Lapang
    Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Ke mana saja anak anda itu pergi,
    12 Idea Pasu Bunga DIY Menarik Yang Boleh Anda Cuba!
    Barang-barang terpakai jangan dibuang begitu sahaja kerana terdapat banyak idea kreatif untuk menggunakannya
    Cara Membuat Extension Wire DIY
    Ini caranya membuat Extension Wire DIY step by step Bahan/ Peralatan yang diperlukan
    10 Idea Rak Pakaian Yang Simple Untuk Kediaman Anda
    Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan dan menyusun pakaian dengan tersusun dan kemas. Selain

    Leave a reply "Perangkap Cicak Rumah D.I.Y Paling Ringkas & Berkesan!"

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.