Penipuan Pelaburan, Skim Cepat Kaya Dan Multi Level Marketing. Ini Panduan Patut Anda Tahu!

Penipuan Pelaburan, Skim Cepat Kaya Dan Multi Level Marketing. Ini Panduan Patut Anda Tahu!

Pelbagai pelaburan berbentuk wang, mata wang digital dan juga syarikat pemasaran rangkaian (multi level marketing) yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Masalah ekonomi dan kewangan menyebabkan seseorang individu mengambil langkah untuk menyertai pelaburan atau apa jua bentuk bisnes dengan harapan dapat mendapat pulangan yang banyak sekaligus membantu mengatasi masalah kewangan mereka.

Perkara ini tidak salah tetapi anda perlu berhati-hati sebelum melakukan sebarang pelaburan dan meletakkan modal anda. Anda dinasihati agar tidak membuat sebarang pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan.

Anda juga dinasihatkan hanya melabur dengan institusi-institusi yang dilesenkan sahaja supaya dilindungi oleh undang-undang yang berkaitan perbankan dan pelaburan. Pelabur-pelabur yang melabur dan meletakkan modal dengan institusi-institusi yang tidak berlesen akan berhadapan dengan risiko tinggi kehilangan wang pelaburan yang akan ditanggung sendiri.

Buat Semakan

Oleh yang demikian, anda perlu membuat semakan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan untuk pengesahan aktiviti-aktiviti yang berkaitan, dengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti berikut:

  • Bank Negara Malaysia: bnm.gov.my
  • Suruhanjaya Sekuriti: sc.com.my
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK): kpdnkk.gov.my
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia: ssm.com.my
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia: skm.gov.my
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia: skmm.gov.my
  • Polis Diraja Malaysia: rmp.gov.my

Untuk makluman, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti masing-masing telah mengeluarkan Senarai ‘Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan’ dan ‘Amaran Pelabur’ sebagai panduan dan rujukan segera untuk orang ramai apabila membuat keputusan berhubung dengan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuklah pelaburan dan perniagaan MLM yang ditawarkan oleh pihak yang tidak berlesen.

Ciri-ciri Lazim Skim yang Tidak Sah

Sebagai panduan juga, berikut adalah ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim pelaburan yang tidak sah:

  • Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan.
  • Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
  • Janji pulangan yang tinggi dan menyatakan pelaburan tersebut tiada risiko atau risiko yang rendah adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini.
  • Pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen, termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
  • Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
  • Pada permulaan, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
  • Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.

Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.

Sehubungan ini, orang ramai harus berwaspada semasa berurusan dengan entiti atau individu yang tidak dikawal selia kerana kesannya:

  • Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang berkaitan tidak terpakai sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan syarikat-syarikat pelaburan yang tidak sah.
  • Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga boleh didakwa di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini.
  • Pelabur-pelabur juga akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan pelaburan itu sendiri tidak sah (haram).
Loading...

Tags: #10 Sebab kenapa orang Benci dengan Bisnes MLM #20 Penipuan MLM #Apa Itu MLM #bisnes mlm #Bisnes MLM Terbaik Di Malaysia #cara menyemak lesen syarikat MLM #cara menyemak syarikat pelaburan kewangan #ciri-ciri skim pelaburan yang tidak sah #hukum mlm dalam islam #Kenapa MLM Dikatakan Haram #MLM #multi level marketing #Panduan jika ditipu dalam pelaburan #panduan pengguna sebelum melabur dalam sebarang skim #pelaburan haram #penipuan multi level marketing #skim cepat kaya

11 Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang Dan Cuti Panjang
Bukan selalu semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama bagi sesebuah keluarga besar. Mungkin
Idea Permainan DIY Buat Anak Anda. Aktiviti Keluarga Di Waktu Lapang
Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Ke mana saja anak anda itu pergi,
Anak Degil Dan Suka Melawan. Ini Cara Menanganinya
Anak yang degil dan suka melawan memang benar-benar menguji kesabaran. Kadang-kadang ibu bapa
Cara Memupuk Tabiat Kewangan Kanak-kanak & Mendidik Anak-anak Dengan Wang
Pendidikan kewangan semenjak usia muda adalah sangat penting bagi memupuk budaya menabung dalam

Leave a reply "Penipuan Pelaburan, Skim Cepat Kaya Dan Multi Level Marketing. Ini Panduan Patut Anda Tahu!"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.