Menghilangkan Bau Kurang Enak Di Dapur Anda Dengan Tips Mudah Ini!

Tips Menghilangkan Bau Kurang Enak Di Dapur Anda

Dapur merupakan salah satu ruangan penting dalam rumah kerana di situlah semua makanan disiapkan dan dimasak.  Proses memasak di dapur pasti akan mengeluarkan bau yang ada kalanya merimaskan dan sukar untuk disingkirkan. Apabila anda menumis atau menggoreng ikan masin pun sudah cukup untuk membuat satu rumah semerbak dengan aroma makanan. Aroma makanan yang kuat mungkin juga akan masuk sehingga ke kamar tidur. Jadi berikut ialah beberapa cara berkesan yang mungkin boleh anda praktikkan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di dapur anda.

Tips Hilangkan Bau Kurang Enak Di Dapur

Bau hanyir

Anda baru saja mengolah makanan berbahan dasar ikan lalu bau hanyir muncul di segenap bahagian dapur. Berikut ada beberapa cara yang anda dapat lakukan untuk menghilangkannya.

  • Ambil satu sudu makan kopi, lalu rebus. Aroma kopi merupakan salah satu penghilang bau hanyir yang efektif.
  • Jika ada arang, letakkan arang berdekatan jendela atau di area yang bau hanyir sangat kuat. Arang dapat menyerap bau tersebut dengan cepat.
  • Untuk menyegarkan dapur dan menghilangkan bau hanyir, anda boleh juga merebus kulit lemon atau limau nipis. Aroma segar dari lemon akan membuat dapur anda menjadi segar dan mengusir bau tidak menyenangkan.

Sinki  yang berbau

Sering digunakan untuk mencuci sayuran, ikan dan peralatan masak serta makanan membuatkan sinki sering mengeluarkan aroma tidak sedap. Untuk mengatasinya, anda hanya perlu mencucinya dengan pencuci pinggan dan membilasnya. Kemudian taburkan satu sudu baking soda ke dalam paip pembuangan sinki dan biarkan selama 1 jam. Setelah itu bersihkan baking soda dengan menyiramkan air panas ke dalam paip.

Bau Tempat Sampah

Tong sampah yang ada di dapur anda berbau busuk? Masukkan beberapa potong arang ke dalam tong sampah dan biarkan hingga bau yang tidak sedap tadi hilang diserap oleh arang. Anda juga boleh menghilangkan bau busuk tong sampah dengan meletakkan kulit lemon ke dalamnya.

Gunakan pewangi semula jadi pada dapur anda

Ingin dapur anda beraroma segar dan wangi? Buatlah pewangi dari bahan semula jadi yang tidak mengandung bahan kimia berbahaya. Caranya adalah dengan merebus kulit limau atau kulit lemon dengan 1 gelas air. Dengan demikian, dapur anda akan beraroma segar dan wangi semula jadi.

Aroma masakan

Untuk mengelakkan bau masakan daripada terus merebak ke segenap penjuru kediaman dan ada kalanya cukup sukar untuk hilang dalam masa terdekat, anda boleh cuba letakkan semangkuk kecil cuka di ruang dapur. Cuka membantu mengelakkan bau masakan daripada terus merebak ke kawasan lain. Selain itu, anda juga boleh meletakkan semangkuk kecil oat di mana saja yang anda kira sesuai untuk menangkap bau masakan yang semerbak menyelinap dalam rumah.

Bau busuk dalam peti sejuk

Pasti anda biasa sumbat bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk yang akhirnya apabila anda buka, bau busuk tidak menyenangkan dan mungkin menular ke ruang lain dalam kediaman. Cara untuk hindari adalah dengan memasukkan baking soda itu ke dalam bekas dan tinggalkan semalaman di dalam peti sejuk untuk menyingkirkan bau kurang enak itu.

Bau dan rasa cili dalam pengisar

Pengisar yang biasa anda gunakan untuk mengisar cili lazimnya akan meninggalkan sisa bau dan rasa cili di dalamnya. Ini  akan mengakibatkan kerja mengisar bahan lain akan turut sama punya rasa cili yang bakal mengubah rasa bahan lain. Usah khuatir, anda boleh mencuci pengisar dengan air garam supaya rasa pedas cili tidak akan terus melekat dalam balang pengisar.

Kesegaran peti sejuk

Dek kerana pelbagai barang yang disimpan dalam peti sejuk, tentunya akan mengakibatkan bau-bau yang bercampur itu menusuk ke dalam deria bau kita. Petua orang dulu-dulu adalah dengan meletakkan beberapa helai daun pandan untuk meneutralkan kembali bau peti sejuk dan menjadikan peti sejuk anda segar sepanjang masa.

Semoga dengan cara-cara menghilangkan berbagai bau di dapur di atas mampu membantu anda mewujudkan dapur yang bersih dan harum tanpa bau tidak menyenangkan. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #bau dapur #dapur #hilangkan bau dapur #tips dapur #tips membuat peti sejuk berbau segar #Tips menghilangkan bau busuk peti ais #Tips menghilangkan bau busuk peti sejuk #Tips menghilangkan bau busuk sinki #Tips menghilangkan bau busuk tong sampah di dapur anda #tips menghilangkan bau cili pada pengisar #Tips menghilangkan bau hanyir di dapur anda #Tips menghilangkan bau kurang enak di dapur anda #tips menghilangkan bau kurang enak pada pengisar #Tips menghilangkan bau masakan di dapur anda

Bahan-Bahan Asas Masakan Yang Perlu Ada Di Dapur Anda. Petua Memasak!
Bahan Asas Masakan Wajib Ada Di Dapur Anda Ketika Anda terlalu malas untuk
Minyak Masak Mudah Keruh Dan Kotor, Ini Petua Merancang Aktiviti Memasak Anda!
Ketika berada di dapur, anda perlu tahu satu perkara asas ketika menggoreng makanan.
7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda
Dalam sesuatu masakan, selain sihat dan berkhasiat, tentunya kita juga harus mempertimbangkan rasa.
Kelengkapan Dapur Wajib Dimiliki Jika Berpindah Ke Rumah Baru
Memasuki kediaman baru atau pindah rumah adalah sebuah langkah besar dalam kehidupan seseorang,

Leave a reply "Menghilangkan Bau Kurang Enak Di Dapur Anda Dengan Tips Mudah Ini!"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.