Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!

Lokasi Mendaki Terbaik Di Lembah Klang

Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan sekitarnya.

  1. Bukit Ketumbar (Bukit Seputeh), Cheras

Bukit Ketumbar Bukit Seputeh, Cheras

Terletak betul-betul di belakang kondominium, bukit ini adalah tempat yang popular dalam kalangan keluarga dan warga tua untuk melakukan senaman pagi atau petang mereka. Terdapat tempat letak kereta di kaki bukit serta gerai buah untuk pendaki untuk menghilangkan dahaga mereka apabila mereka turun. Para pendaki boleh menikmati pemandangan bandar Cheras dalam perjalanan ke puncak bukit.

Jarak: 2km

Anggaran tempoh mendaki : Di bawah 2 jam

Kondisi:  laluan utama yang jelas. Terdapat dua laluan utama: satu lebih pendek, lebih curam dan satu lagi yang meghala ke tiga denai. tali disediakan di lokasi yang sedikit lebih curam, tetapi keseluruhan bukit sesuai untuk mereka yang  pertama kali mendaki atau bagi mereka yang ingin melakukan latihan dan aktiviti ringan.

  1. Air Terjun Sungai Lepoh (Bukit Lepoh), Hulu Langat

Air Terjun Sungai Lepoh (Bukit Lepoh), Hulu Langat

Denai ini menuju ke air terjun selepas pendakian yang mudah. Lokasi ini lebih lengang berbanding dengan tempat-tempat kembara yang popular dan terdapat juga penempatan Orang Asli berdekatan. Adalah lebih baik untuk mendaki dalam kumpulan yang lebih besar jika anda tidak biasa dengan laluannya. Tanda tempat utama menuju ke air terjun termasuklah jambatan kayu kecil di pintu masuk, sebuah rumah terbengkalai lama, saluran paip yang besar dan pokok buluh.

Jarak: 6km

Anggaran Tempoh pendakian : 4-5 jam

Kondisi: Laluan berlumpur licin tidak dapat dielakkan. Denai utama tidak ditandakan dan terdapat beberapa persimpangan yang mungkin mengelirukan.

  1. Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya

Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya

Taman hutan ini terletak di Petaling Jaya, lokasi yang baik untuk pendakian pagi dan untuk membina stamina sebelum pendakian yang lebih tinggi. Tiada papan tanda khusus untuk menentukan laluan anda, tetapi setiap laluan akan membawa pendaki menuju ke menara tinjau di puncak. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira enam laluan yang berbeza untuk pendakian. Beberapa laluan akan membawa ke kuil Hindu dan lain-lainnya ke menara tinjau, namun semuanya akan memberikan pendaki pandangan yang indah semasa mendaki.

Jarak: 2.5km

Anggaran tempoh pendakian : 2 jam

Kondisi : Laluan mendaki adalah curam tetapi pendaki terdahulu telah meninggalkan kesan pijakan mereka di tanah berlumpur, menjadikannya lebih mudah untuk naik ke puncak.

  1. Bukit Kiara, TTDI / Bukit Damansara

Bukit Kiara, TTDI Bukit Damansara

Terletak betul-betul di sebelah kawasan Taman Tun Dr Ismail, Bukit Kiara adalah kawasan jogging dan berbasikal yang mudah diakses untuk penduduk di sekitarnya. Walaupun berhampiran dengan Taman Lembah Kiara dan Taman Rimba Kiara, Bukit Kiara menyediakan trek yang lebih mencabar dengan laluan hutannya menaiki dan menuruni bukit yang curam.

Jarak: Kira-kira 4-5km

Anggaran tempoh pendakian : 3-4 jam

Keadaan: Laluan ini dikekalkan dan dijagadengan baik, diturap dengan tar dan cukup luas untuk menampung penunggang basikal dan jogger / pendaki sekaligus. Tempat mendaki yang baik untuk beginner.

  1. Bukit Saga (Bukit Apeh), Ampang / Cheras

Bukit Saga (Bukit Apeh), Ampang Cheras

Terletak betul-betul di belakang kawasan kediaman, Bukit Apeh menghadap ke Kuala Lumpur. Terdapat dua pintu masuk, satu di Cheras dan satu di Ampang. Setiap pintu masuk menawarkan tiga laluan – satu laluan ke Cheras / Ampang, satu ke Air Terjun Bukit Apeh dan satu lagi menuju ke Bukit Apeh Hilltop.

Dimulai dengan pendakian yang curam dari pintu masuk Ampang, semasa anda memasuki Bukit Apeh selama lebih kurang 35 minit. Pada titik tengah bukit, anda boleh memilih laluan pilihan anda. Jika anda ingin pendakian dengan jarak yang lebih panjang, laluan ke Cheras adalah pilihan yang ideal. Manakala, jika anda inginkan pendakian yang lebih mencabar, laluan pilihan yang terbaik adalah laluan ke air terjun, yang akan menjadi licin dan curam. Dan jika anda mencari laluan yang lebih mudah, denai menuju ke Bukit Apeh Hilltop adalah yang paling sesuai.

Jarak: Ampang ke Cheras – 10km; Air Terjun – 5km; Hilltop – 4-5km.

Anggaran tempoh pendakian: Ampang ke Cheras – 6 jam; Air terjun – 4 jam; Hilltop – 3-4 jam.

Kondisi: denai-denai dijaga dengan baik. Denai ke air terjun sedikit mencabar untuk pendaki yang pertama kali mendaki kerana memerlukan jumlah stamina yang mencukupi disebabkan oleh tahap kecuraman yang tinggi. Para pendaki mesti berhati-hati sepanjang masa.

  1. Bukit Broga, Semenyih

Bukit Broga, Semenyih

Walaupun puncak Bukit Broga terbakar baru-baru ini, bukit ini masih dibuka untuk pendaki dan menawarkan pemandangan indah kawasan perbandaran dan kehijauan di Semenyih. Terdapat tiga puncak, di mana tertinggi yang mengambil masa kira-kira 45 minit untuk dicapai. Terdapat juga denai hutan dari puncak ke Gunung Tok Wan.

  1. FRIM, Selayang

FRIM, Selayang

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia adalah tempat kegemaran untuk ramai joggers dan pendaki  dari semua peringkat umur. Terletak di utara Kepong, FRIM diselenggarakan dengan baik dan juga merupakan kawasan berkelah yang popular. Laluan berjalan/mendaki merangkumi air terjun dan perhentian rehat, serta laluan menuju ke canopy walk. lauan yang berbeza mengambil masa antara 30 minit hingga satu jam dengan berjalan kaki.

  1. Bukit Tabur, Taman Melawati

Bukit Tabur, Taman Melawati

Salah satu lokasi pendakian yang paling mencabar di Lembah Klang. Bukit Tabur adalah rabung kuarza yang terpanjang di dunia. Terdapat dua laluan, Bukit Tabur Timur dan Bukit Tabur Barat – Timur adalah lebih curam dan lebih mencabar, disyorkan untuk pendaki yang berpengalaman. Terdapat tempat berbahaya tertentu di mana pendaki mesti bergantung pada tali untuk menyeberang.

Pendaki memerlukan permit untuk mendaki Bukit Tabur. Permit berharga RM5 dan sah untuk satu pendakian sahaja. Anda boleh membeli permit di Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dari 8 pagi hingga 1 petang, 2 petang hingga 5 petang pada hari Isnin hingga Khamis, manakala 8 pagi 12.15 tengah hari, 2.45 petang hingga 5 petang pada hari Jumaat.

Loading...

Tags: #aktiviti mendaki selangor #bukit apeh #bukit apek #bukit broga #bukit kiara #bukit lepoh #bukit saga #bukit tabur #bukit tabur eart #bukit tabur west #FRIM kepong #lokasi mendaki lembah klang #Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur #lokasi mendaki selangor #Lokasi mendaki terbaik di Lembah Klang #Putrajaya

Anak Tidak Suka Makan Sayur? Ini Tips Boleh Ibu Bapa Cuba!
Tips Mengajar Anak Tidak Suka Makan Sayur Sayur dan buah-buahan bukanlah makanan kegemaran
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan
Ketahui 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita
25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita Wanita adalah perhiasan indah di dunia.
Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah
Amalan Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah Kehamilan memang saat yang amat ditunggu-tunggu

Leave a reply "Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.