Ketahui 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

Ketahui 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

Wanita adalah perhiasan indah di dunia. Salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami ialah mengetahui rahsia untuk memikat hatinya. Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.

Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Namun, tahukah anda apakah perkara-perkara lain yang disukai oleh lelaki tentang wanita? Berikut adalah perkara-perkara yang lelaki suka tentang wanita.

  1. Bentuk tubuh yang menarik

Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

  1. Mata, punggung dan langkah yang kemas

Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

  1. Sentiasa tersenyum apabila berbicara

Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

  1. Lemah lembut

Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

  1. Jujur

Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

  1. Penampilan yang sederhana

Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

  1. Tidak perasan

Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

  1. Manja

Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

  1. Bijak menyesuaikan diri

Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

  1. Tidak bercakap perkara remeh-temeh

Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

  1. Matang

Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

  1. Tidak membandingkan dengan lelaki lain

Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

  1. Peneman setia

Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

  1. Pendengar setia

Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

  1. Pandai membelai

Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

  1. Tidak suka meminta-minta

Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

  1. Sikap prihatin

Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

  1. Berdikari

Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

  1. Ada prinsip hidup

Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

  1. Berterus-terus

Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

  1. Tidak mengongkong

Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

  1. Tahu menghormat

Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

  1. Tidak terlalu perfect

Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

  1. Pandai memasak

Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

  1. Berpendidikan

Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.


Carian Berkaitan

Ciri gadis montok yang digilai lelaki, perkara yang disukai lelaki
Loading...

Tags: #25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita #apa yang lelaki suka pasal perempuan #ciri-ciri wanita yang disukai lelaki #jodoh #perempuan macam mana lelaki suka #perkara yang harus dimiliki wanita #perkara yang lelaki suka tentang wanita #perkara yang membuat lelaki tertarik kepada wanita #sifat wanita yang disukai lelaki #sikap wanita dambaan lelaki #wanita idaman #wanita idaman lelaki

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Anak Tidak Suka Makan Sayur? Ini Tips Boleh Ibu Bapa Cuba!
Tips Mengajar Anak Tidak Suka Makan Sayur Sayur dan buah-buahan bukanlah makanan kegemaran
Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah
Amalan Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah Kehamilan memang saat yang amat ditunggu-tunggu
Amalan Dan Petua Mendapatkan Zuriat
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan
  1. author

    gamefly free trial3 months ago

    Wow that was odd. I just wrote an incredibly long comment but after
    I clicked submit my comment didn’t show up. Grrrr… well I’m not writing all that over again. Anyway,
    just wanted to say superb blog!

    Reply
  2. author

    gamefly free trial3 months ago

    Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement
    account it. Look advanced to more added agreeable from
    you! However, how can we communicate?

    Reply
  3. author

    gamefly free trial3 months ago

    I blog quite often and I genuinely thank you for
    your content. The article has truly peaked my interest.
    I am going to take a note of your site and keep checking for new
    details about once per week. I subscribed to your RSS feed too.

    Reply
  4. author

    gamefly free trial3 months ago

    Appreciate the recommendation. Will try it out.

    Reply
  5. author

    gamefly free trial3 months ago

    An intriguing discussion is worth comment. I think that you need to publish more on this subject matter, it may not be a taboo matter but generally people don’t discuss such subjects.

    To the next! Cheers!!

    Reply
  6. author

    gamefly free trial3 months ago

    Hey there! Quick question that’s totally off topic.
    Do you know how to make your site mobile friendly? My weblog
    looks weird when viewing from my iphone. I’m trying to find a template or plugin that might be able to resolve this issue.

    If you have any recommendations, please share.
    Appreciate it!

    Reply
  7. author

    gamefly free trial2 months ago

    Hello! I could have sworn I’ve been to this website before but
    after looking at some of the articles I realized it’s new to me.
    Anyhow, I’m certainly happy I came across it and I’ll be bookmarking it and checking
    back regularly!

    Reply
  8. author

    ps4 games 20152 months ago

    Thank you for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and
    I will be waiting for your further write ups thank you
    once again.

    Reply
  9. author

    playstation 4 best games ever made 20192 months ago

    Great goods from you, man. I have understand your stuff previous to and you’re just too fantastic.
    I actually like what you have acquired here, certainly
    like what you are stating and the way in which you say it.
    You make it enjoyable and you still take care of to keep it wise.
    I can’t wait to read much more from you. This is actually a tremendous web site.

    Reply
  10. author

    ps4 best games ever made 20192 months ago

    Hurrah! In the end I got a web site from where I be able to in fact obtain valuable
    data concerning my study and knowledge.

    Reply
  11. author

    quest bars cheap2 months ago

    If you are going for best contents like I do, simply pay a quick
    visit this web site daily for the reason that it offers
    feature contents, thanks

    Reply
  12. author

    http://tinyurl.com/2 months ago

    Currently it looks like Expression Engine is the preferred blogging platform out there
    right now. (from what I’ve read) Is that what you’re using on your blog?

    Reply

Leave a reply "Ketahui 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita"