Kelengkapan Dapur Wajib Dimiliki Jika Berpindah Ke Rumah Baru

Kelengkapan Dapur Wajib Dimiliki Jika Berpindah Ke Rumah Baru

Memasuki kediaman baru atau pindah rumah adalah sebuah langkah besar dalam kehidupan seseorang, apalagi mereka yang telah berkeluarga. Mulai dari bajet pemindahan barang-barang hingga membeli peralatan atau perkakas rumah tangga yang belum dimiliki, berpindah ke kediaman baru bukanlah sesuatu yang mudah dan banyak perkara yang tidak boleh terlepas pandang.

Peralatan dapur yang wajib dimiliki selepas berumah tangga adalah yang mempunyai fungsi utama untuk membantu memasak secara umum sahaja. Selanjutnya keperluan peralatan rumah tangga yang belum terlalu penting dibeli seiring dengan berjalannya waktu.

Kalau pembeliaan secara lengkap pastinya akan terasa sangat berat dari segi kewangan. Jadi sangat disarankan untuk tidak memaksakan diri dan membelinya secara bertahap, sedikit demi sedikit.

Jadi, jika anda seorang pelajar yang baru berpindah ke rumah sewa ketika masih menuntut di institusi pengajian, ataupun anda baru sahaja mendirikan rumah tangga seterusnya berpindah ke rumah baru bersama pasangan, beberapa peralatan dapur asas ini wajib anda miliki di dapur amatur.

  1. Dapur gas

Dapur Gas

Dapur gas berada pada senarai pertama sebagai peralatan dapur yang wajib dan harus dimiliki. Tanpa adanya dapur gas, anda tidak akan boleh melakukan aktiviti memasak. Boleh dikatakan dapur gas adalah peralatan paling penting. Memadai dengan memiliki dapur gas dua tungku.

  1. Tong gas

Tong Gas

Jika anda sudah memiliki dapur gas, peralatan kedua yang perlu anda miliki ialah tong gas. Terdapat pelbagai saiz tong gas. Saiz yang paling sesuai ialah 14 kg.

  1. PVC Hos dan regulator

Gas Regulator

Bagi menyambung dan menyalurkan gas dari tong gas ke dapur gas, peralatan ini diperlukan. Pastikan regulator atau kepala gas yang anda beli mendapat kelulusan dari SIRIM.

  1. Kuali

Kuali

Anda memerlukan kuali sebagai peralatan asas untuk menggoreng. Cukup sekadar memiliki satu ataupun dua kuali sebagai permulaan.

  1. Sudip dan senduk

Sudip

Bila sudah ada kuali, semestinya anda perlu memeliki sudip untuk memasak. Terdapat banyak sudip dan senduk yang boleh didapati dengan harga yang murah. Tidak perlu untuk membazirkan wang bagi membeli sudip dan senduk yang mahal kerana asas keperluannya adalah untuk memasak melainkan anda seorang chef yang profesional.

  1. Periuk

Periuk

Merebus, menggulai, membuat sup dan sebagainya memerlukan periuk bagi memudahkan anda di dapur. Periuk dan kuali adalah dua peralatan asas yang wajib dimiliki sekalipun anda jarang-jarang memasak.

  1. Pisau

Pisau

Pisau adalah peralatan asas yang sangat penting di dapur. Tanpa pisau, bagaimana anda hendak menyiang, memotong, menghiris, membelah dan sebagainya?

  1. Periuk nasi elektrik (rice cooker)

Periuk Nasi Elektrik

Dengan adanya periuk nasi elektrik, anda tidak perlu memasak nasi secara manual dan takut hasilnya kurang baik. Memiliki rice cooker akan sangat membantu. Hasilnya pun sudah pasti akan baik.

  1. Pengisar (blender)

Pengisar

Memiliki pengisar akan memudahkan persediaan anda untuk memasak. Menggunakan pengisar lebih senang berbanding menghancurkan bahan masakan secara manual menggunakan lesung batu.

  1. Pemanggang ajaib

Pemanggang Ajaib

Pemanggang ajaib merupakan alternatif untuk memanggang, memasak stim, dan banyak kegunaannya dalam memasak. Dengan adanya pemanggang ajaib akan membolehkan anda untuk memasak pelbagai masakan berasaskan bakar, stim, panggang dan sebagainya tanpa perlu memiliki periuk kukus, dapur panggang dan lain-lain.

  1. Pemanas air elektrik atau termos (heater kettle)

Pemanas Air Elektrik

Alat ini sangat membantu dan memudahkan kerja anda di dapur ketika ingin menyediakan air panas untuk membuat air, membuat sarapan, malah untuk makan mee segera.

  1. Peralatan makan

Peralatan Makan

Apabila peralatan asas memasak sudah lengkap, anda perlu memiliki peralatan untuk makan pula. Pinggan,piring dan mangkuk adalah alat asas yang wajib ada di dapur anda untuk membolehkan anda menjamah makanan dan menjamu selera. Selain itu, anda mesti memiliki sudu, garpu, gelas, cawan sebagai peralatan asas untuk makan.

  1. Rak pelbagai guna

Rak Multifungsi

Rak multifungsi juga diperlukan untuk meletakkan peralatan dapur. Dengan adanya rak multifungsi, area dapur akan kelihatan lebih rapi dan kemas. Penyimpanan peralatan jadi mudah, sekaligus di satu tempat.  Begitu juga bila mencarinya pun akan cepat.

  1. Pencuci

Pencuci

Apabila semua peralatan asas di dapur anda sudah lengkap, perkara terakhir yang wajib ada di dapur anda ialah pencuci pinggan mangkuk, span pencuci, kain lap dan sebagainya yang sangat diperlukan bagi mencuci segala peralatan masak dan peralatan makan selepas digunakan serta memastikan dapur anda sentiasa bersih dan kemas.

Tags: #barangan asas dapur #dapur rumah baru #Kelengkapan Dapur Wajib Dimiliki #keperluan asas dapur #peralataan dapur #peralatan asas dapur #peralatan asas di dapur #peralatan asas makan #peralatan asas memasak #peralatan dapur yan wajib dimiliki #peralatan makan #peralatan yang wajib ada di dapur anda #tips setup dapur

Bahan-Bahan Asas Masakan Yang Perlu Ada Di Dapur Anda. Petua Memasak!
Ketika Anda terlalu malas untuk pergi ke kedai atau pasar untuk membeli bahan
Minyak Masak Mudah Keruh Dan Kotor, Ini Petua Merancang Aktiviti Memasak Anda!
Ketika berada di dapur, anda perlu tahu satu perkara asas ketika menggoreng makanan.
7 Bahan Perasa Asas Perlu Ada Di Dapur Anda
Dalam sesuatu masakan, selain sihat dan berkhasiat, tentunya kita juga harus mempertimbangkan rasa.
Petua Supaya Kerja Memasak Lebih Sempurna. Ini Caranya!
Masakan terlebih dan terlampau masin Kadangkala lauk yang kita masak menjadi terlalu masin

Leave a reply "Kelengkapan Dapur Wajib Dimiliki Jika Berpindah Ke Rumah Baru"