Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Jenis Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!

Pemasangan autogate kediaman adalah salah satu cabang keselamatan anda di rumah. Autogate berfungsi sebagai kunci automatik tanpa anda perlu membuka pintu pagar secara manual. Di Malaysia khususnya,  terdapat pelbagai  jenis autogate di pasaran. Autogate ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia

Terdapat 4 jenis autogate yang terdapat di pasaran Malaysia iaitu :

  • Underground Autogate
  • Arm swing Autogate
  • DC moto Swing Autogate
  • Sliding Autogate

 Underground Autogate 

Dc Autogate

Jenis ini adalah jenis autogate malaysia yang pertama dicipta bagi generasi autogate. Autogate ini menggunakan sistem cengkaman clutch bertujuan untuk menjaga gear serta motor. Jenis ini sesuai bagi pintu swing iaitu pintu pagar biasa. Pada masa sekarang, jenis autogate ini sukar mendapat sambutan kerana aspek keselamatan dan kualiti apabila lama-kelamaan air hujan boleh memasuki ke compartment motor autogate dan boleh menyebabkan kerosakan pada motor autogate ini.

Jika anda memilih untuk memasang underground autogate ini, anda perlu pastikan supaya getahnya ditukar sekurang-kurangnya 2 tahun sekali kerana dikuathiri dimasuki air. Kelebihannya adalah respon masanya laju iaiatu dalam 5 saat, pagar anda terbuka sepenuhnya apabila dibuka. Jadi tidak perlu menunggu lama jika anda dari dalam kereta untuk keluar rumah.

Moto Autogate

Jenis underground autogate ini boleh ditahan, ditarik ,dibuka serta-merta semasa sedang beroperasi. Oleh itu, tiada aspek keselamatan padanya. Mungkin jenis ini hanya sesuai untuk kawasan yang ada komuniti keselamatan dan bersekuriti kerana aspek keselamatan telah diawasi pada pintu masuk perumahan.

Harganya sekitar RM1200 hingga RM2500 bergantung pada keadaan tempat sama ada sudah ada wiring atau belum. Kelemahan sistem ini adalah ketahanan gear pada motor dan sistemnya agak  mudah rosak, hanya disebabkan angin sahaja anda akan mengalami kerugian. Angin yang kuat akan menyebabkan gearnya rosak dengan mudah. Kelemahan yang lain adalah pemasangannya memakan masa kerana perlu menggali, menyimen dan perlu menunggu simen kering bagi memulakan menggunakan sistem ini.

Arm swing Autogate

Electrical Control Board

Autogate jenis ini adalah autogate generasi terbaru yang sedang popular ketika ini. Kehebatan autogate ini adalah dari sistem gearnya yang ada antilock sekiranya sedang beroperasi. Ini akan memberhentikan gate pada posisi yang ada mahukan dan pegun di mana tempat ia berhenti. ini mendorong aspek keselamatan lebih tinggi.

Autogate Sevice

Kelemahan autogate ini adalah mudah disambar petir bagi kawasan yang di laluan petir. Oleh itu lightning protection perlu dipasang bagi menjaga  autogate ini dan litarnya.

DC Moto Swing Autogate

Pasang Autogate

DC Motor swing autogate ini adalah autogate jenis kelas golongan mewah kerana rekabentuknya yang kecil dan menarik. Selain itu, harganya juga lebih mahal dari yang biasa kerana padanya terdapat keistimewaan seperti pantas buka dan pantas tutup. Ciri-ciri Dc motor swing autogate sama seperti underground autogate dan bezanya Cuma ia di atas dan tidak ditanam di bawah permukaan.

Sliding Autogate

Dc Moto Autogate

Autogate ini hanya digunakan pada pagar sliding sahaja. Jenis ini amat kuat dan tahan lama serta mempunyai kekuatan menarik beban sehingga 1400kg. Sliding autogate ini mempunyai sistem antilock semasa ia berhenti. Sistem lock autogate ini boleh dibuka melalui kunci.

Sliding Autogate Industrial


Carian Berkaitan

brand apa yang sesuai untuk sliding autogate, gate auto kena petir tak boleh buka, jenis enjin autogate rumah, jenis jenis auto gate
Loading...

Tags: #arm swing autogate #auto gate #Autogate jenis Sliding #autogate jenis swing #autogate kedai #autogate kelebihan dan jenis #autogate pejabat #autogate rumah #autogate system #DC motor swing autogate #Dcmoto auto gate #jenis autogate #Jenis-jenis autogate #motor autogate #pagar automatik #pintu automatik #sistem autogate #sistem pintu pagar automatik #sliding autogate #underground autogate

12 Idea Pasu Bunga DIY Menarik Yang Boleh Anda Cuba!
Barang-barang terpakai jangan dibuang begitu sahaja kerana terdapat banyak idea kreatif untuk menggunakannya
Tips Menarik Membersihkan Lantai Kediaman Tanpa Perlu Kos Yang Mahal
Sesiapa sahaja pasti inginkan lantai kediaman bersih berkilat tanpa kotoran dan habuk. Namun,
10 Idea Rak Pakaian Yang Simple Untuk Kediaman Anda
Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan dan menyusun pakaian dengan tersusun dan kemas. Selain
Idea Meja Solek Pilihan Yang Menceriakan Ruang Kamar Anda
Idea Rekaan Meja Solek Kebanyakan kaum wanita sangat memerlukan ruang meja solek sebagai

Leave a reply "Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.