Idea Terbaik Hadiah Untuk Kedua-dua Orang Tua Anda

Idea Hadiah Terbaik Untuk Kedua Dua Orang Tua

Salah satu cara untuk membuatkan hati ibu bapa kita gembira, suka dan bahagia adalah dengan memberi hadiah. Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membahagiakan serta menggembirakan mereka walaupun kita telah berumahtangga. Tetapi untuk melihat mereka bahagia sepanjang masa, tidak perlu tunggu hari-hari tertentu untuk memberikan hadiah kepada mereka. Bila-bila masa sahaja kita boleh memberi hadiah.

Sekali-sekala kita bagi kejutan pada ibu dan bapa, sudah pasti mereka rasa lebih dihargai. Jika anda buntu apakah bentuk hadiah yang boleh anda berikan kepada ibu bapa mahupun ibu bapa mentua, di bawah adalah idea dan cadangan hadiah yang boleh anda berikan mengikut bajet dan tahap kemmapuan.

Bajet Rendah (RM0 – RM50)

  • SMS dan telefon bagi yang tidak dapat pulang. Tanya khabar mereka dan ucapkan selamat hari ibu/bapa atau hari ulangtahun dan terima kasih pada mereka.
  • Kad hari ibu/bapa/hari ulangtahun buatan tangan.
  • Tudung, shawl, brooch bagi ibu yang bertudung dan menggemari brooch menarik. Kopiah, songkok, butang baju melayu untuk ayah.
  • Belikan kek istimewa untuk ibu dan ayah dan raikan hari bahagia bersama seisi keluarga.
  • Beli frame besar, kemudian cetakkan gambar seisi keluarga dan hadiahkan pada orang tua.
  • Luangkan masa satu hari di rumah dengan membuat kerja yang ibu bapa anda selalu buat. Basuh baju, kemas rumah, jaga adik, berkebun dan lain-lain. Bagi ibu bapa berehat pula.
  • Menonton wayang dengan ibu bapa.
  • Masak makanan kegemaran ibu dan bapa.

Bajet Sederhana (RM 50 – RM150)

  • Hadiahkan bunga, coklat atau kek kepada ibu bapa.
  • Set pinggan mangkuk dan alatan dapur. Bagi ibu yang rajin ke dapur, mungkin set pinggan baru atau alatan dapur adalah yang paling sesuai dan praktikal.
  • Set Al-Qur’an digital atau CD / buku keagamaan / kalendar sunnah/ bahan Bacaan yang sesuai untuk ibu bapa.
  • Baju kurung/ kemeja/ jubah atau apa sahaja pakaian yang sesuai diberikan pada ibu bapa.
  • Selipar/ kasut
  • Ajak ibu bapa pergi berkelah di sungai, taman rimba, hutan lipur atau di tepi laut bersama keluarga.
  • Set mandian atau wangian.
  • Aksesori seperti jam tangan, gelang, rantai dan cincin yang unik untuk ibu bapa.
  • Belikan peralatan/ set kesihatan yang memenuhi tahap kesihatan menyeluruh ibu bapa.

Bajet Tinggi (RM 150 – RM2,500)

  • Dinner istimewa atau percutian bersama keluarga. Dan kumpul duit bersama adik-beradik, belikan hadiah istimewa untuk mereka.
  • Bawa ibu bapa ke persembahan/majlis khas idaman mereka.
  • Cermin mata baharu untuk menggantikan cermin mata lama mereka
  • Belikan mereka aksesori atau barang kegemaran seperti rantai atau gelang emas kegemaran ibu, jam tangan mahal untuk ayah.
  • Belikan pakej spa atau facial bagi ibu / tiket perlawanan sukan bagi bapa
  • Tempahan lokasi untuk rekreasi dan riadah untuk luangkan masa berkualiti bersama-sama mereka.
  • Balik kampung menjenguk ibu bapa. Hadiah paling tidak ternilai. Buat kejutan pada ibu bapa terutamanya yang tinggal di Sabah dan Sarawak atau di luar negara.
  • Telefon pintar bagi menggantikan telefon lama ibu bapa yang mungkin sudah lama dipakai atau sudah tidak berfungsi dengan baik.
  • Belikan barangan eletronik yang baru di rumah ibu bapa. Contoh, TV LCD, radio, kipas angin, dan sebagainya.

Bajet Ekslusif (RM2,500 ke atas)

  • Hantar kedua-dua orang tua anda mengerjakan umrah. Belikan pakej umrah ataupun pakej umrah ziarah.
  • Tempah percutian/ pelayaran ekslusif. Contohnya pakej Pelayaran Islamik dengan Star Cruise. Ibu bapa anda akan berpeluang untuk menikmati pelayaran, percutian sekaligus dapat menimba ilmu akhirat dan ilmiah dari pelbagai aktiviti ilmiah dari pakar dan tokoh ilmuan agama.
  • Belikan perabot baharu
  • Renovate/ baiki / besarkan rumah kediaman ibu bapa.
  • Belikan motosikal baharu bagi menggantikan motosikal buruk bapa anda.

Berbagai hadiah boleh diberikan kepada mereka mengikut kemampuan kita. Namun, keihlasan hati dan tanda penghargaan kita sudah pasti akan menyentuh hati dan menggembirakan mereka, tidak kira apa sekalipun bentuk hadiah yang kita berikan.

Menjadi anak yang soleh, tahu menghargai dan berbakti kepada ibu bapa adalah sesuatu yang cukup bermakna buat ibu bapa yang bertungkus lumus membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Sama-samalah kita lakukan yang terbaik untuk kebahagian ibu bapa dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu dan bapa di dunia dan di akhirat.


Carian Berkaitan

hadiah bajet untuk harijadi ibu, hadiah harijadi untuk ibu, hadiah sesuai untuk ahli keluarga, hadiah utk ibubapa
Loading...

Tags: #cadangan hadiah untuk ibu bapa #hadiah hari ibu buatan sendiri #hadiah hari jadi #hadiah hari jadi ibu #hadiah hari jadi untuk ibu #hadiah untuk bapa #hadiah untuk ibu #hadiah untuk ibu bapa #hadiah untuk ibu mentua #hadiah untuk ibu tersayang #hadiah untuk mertua #idea hadiah hari bapa #idea hadiah hari ibu #idea hadiah terbaik kepada ibu bapa #idea hadiah terbaik untuk bapa #idea hadiah terbaik untuk ibu #Idea hadiah terbaik untuk kedua-dua orang tua #idea hadiah ulangtahun ibu bapa #idea hadiah untuk ibu bapa mengikut bajet #idea hadiah untuk mak ayah

11 Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang Dan Cuti Panjang
Bukan selalu semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama bagi sesebuah keluarga besar. Mungkin
Idea Permainan DIY Buat Anak Anda. Aktiviti Keluarga Di Waktu Lapang
Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Ke mana saja anak anda itu pergi,
Anak Degil Dan Suka Melawan. Ini Cara Menanganinya
Anak yang degil dan suka melawan memang benar-benar menguji kesabaran. Kadang-kadang ibu bapa
Cara Memupuk Tabiat Kewangan Kanak-kanak & Mendidik Anak-anak Dengan Wang
Pendidikan kewangan semenjak usia muda adalah sangat penting bagi memupuk budaya menabung dalam

Leave a reply "Idea Terbaik Hadiah Untuk Kedua-dua Orang Tua Anda"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.