Idea Permainan DIY Buat Anak Anda. Aktiviti Keluarga Di Waktu Lapang

Idea Permainan DIY Buat Anak Anda

Idea Permainan DIY Buat Anak Anda

Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Ke mana saja anak anda itu pergi, pasti akan ada satu atau dua jenis permainan yang disambarnya. Jika kena dengan citarasa mereka, sebarang permainan kreatif yang dibuat sendiri pun menarik.selain membeli permaianan kepada mereka, kita sendiri boleh membuat sendiri permainan kreatif untuk mereka.

Selain dapat menjimatkan belanja,permainan DIY ini mampu membuat anak-anak anda leka bermain. Namun, kriteria yang penting ialah yang dapat membantu pembesaran fizikal dan minda, selain disukai oleh anak. Mari cuba beberapa idea permainan DIY berikut untuk menambah koleksi permainan mereka!

  1. Dam gergasi

Dam Gergasi 1

Untuk membuat dam gergasi ini, anda boleh menggunakan kain terpakai dan lukis kotak yang diselang seli dengan warna berbeza.

  1. Patung berubah muka

Patung Berubah Muka 2

Apa kata sambil main, anda ajar si manja tentang ekspresi muka juga? Lagi bagus untuk mereka.

  1. Baling gelung

Baling Gelung 3

Gunakan span dan batang paip terpakai untuk membuat gelung, anda boleh gunakan surat khabar dan pita pelekat. Cat permainan DIY anda tadi untuk nampak lebih menarik.

  1. Jenga

Jenga 4

Gunakan lebihan kayu (seperti kayu penampal siling). Warnakan pada bahagian hujung sebagai penanda dengan 4 pilihan warna yang berbeza.

  1. Tic tac toe

Tic Tac Toe 5

Permainan ringkas tapi boleh menguji ketajaman minda! Gunakan batu sebagai alat utama. Warnakan batu dengan 2 corak yang berbeza.

  1. Baling tin

Baling Tin 6

Permainan klasik! gunakan tin-tin terpakai dan warnakan dengan warna warna yang menarik.

  1. Bowling botol

Bowling Botol 7

Gunakan botol-botol terpakai, warnakan botol menjadi seperti pin bowling. Anda juga boleh gunakan bola tenis dalam permainan ini.

  1. Foosball

Foosball 8

Jika si manja gemar bermain bola, permainan DIY ini akan menarik perhatiannya! Lagi kecil kotak lagi seronok. Bahan diperlukan ialah kotak kasut, batang lidi, pengepit baju, pisau, pembaris, sharpie marker, gam, pembalut kertas, cat semburan, pita pelekat dan bola ping pong.

  1. Shadow puppet

Shadow Puppet 9

Bagi si manja yang gemar buku cerita dan bed time story, anda boleh buat shadow puppet ini untuk menambah koleksi permainan mereka! Ia mudah dan menarik. Bahan diperlukan ialah kotak bijirin sarapan, kertas surih berukuran A4, pita pelekat, kertas A4/kad dengan warna gelap dan kayu pemegang.

  1. Labyrinth

Labyrinth 10

Permainan ini bukan saja mampu mencabar minda, malah ia juga boleh melekakan! Mari buat satu untuk si manja. Bahan diperlukan ialah dulang kayu, beberapa batang kayu, cat sembur, gam kayu dan guli kecil.

  1. Dapur mainan

Dapur Mainan 11

Anda boleh mencari pelbagai idea untuk dapur mainan di internet, namun yang satu ini adalah idea yang paling mudah dan ringkas.

  1. Batang aiskrim

Batang Aiskrim 12

Warnakan dulu batang aiskrim mengikut warna yang anak tahu. Sambil-sambil dia menyusun warna, dia boleh kukuhkan pengetahuan tentang warna.

  1. Stesen minyak mainan

Stesen Minyak Mainan 13

Gunakan kotak atau kadbod untuk membuat permainan stesen minyak seperti di atas.

  1. Ball maze

Ball Maze 14

Tidak jauh bezanya dengan labyrinth, ball maze menggunakan konsep yang sama Cuma saiz dan bahan yang berbeza. Gunakan kadbod atau kotak terpakai untuk membuat permainan ini.

  1. Kaki dinasour

Kaki Dinasour 15

Gunakan kotak tisu atau kotak kasut untuk membuat kaki dinasour. Anak anda akan memakai kaki dinasour ini seperti memakai kasut dan berjalan dengan seronok.

Loading...

Tags: #Baling gelung #Baling tin #ball maze #Batang aiskrim #Bowling botol #Dam gergasi #Dapur mainan #DIY #Foosball #idea permainan anak #idea permainan DIY #Idea permainan kanak-kanak #Jenga #Kaki dinasour #Labyrinth #mainan DIY #Patung berubah muka #permainan DIY untuk anak-anak #Shadow puppet #Stesen minyak mainan #Tic tac toe

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Anak Tidak Suka Makan Sayur? Ini Tips Boleh Ibu Bapa Cuba!
Tips Mengajar Anak Tidak Suka Makan Sayur Sayur dan buah-buahan bukanlah makanan kegemaran
Ketahui 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita
25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita Wanita adalah perhiasan indah di dunia.
Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah
Amalan Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah Kehamilan memang saat yang amat ditunggu-tunggu

Leave a reply "Idea Permainan DIY Buat Anak Anda. Aktiviti Keluarga Di Waktu Lapang"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.