Idea Meja Solek Pilihan Yang Menceriakan Ruang Kamar Anda

Idea Meja Solek Pilihan Ringkas Yang Menceriakan Ruang Kamar Anda

Kebanyakan kaum wanita sangat memerlukan ruang meja solek sebagai tempat untuk bersolek dan berdandan. Selain sebagai ruang solek, ruang ini juga boleh dijadikan tempat menyimpan aksesori dan barangan perapian seperti alat solek, minyak wangi dan lain-lain barangan keperluan wanita. Berikut ialah beberapa idea meja solek untuk anda.

Idea Meja Solek Terbaik 1

Untuk menjadikan ruang lebih praktikal, sediakan laci aksesori dan meja berkaca supaya mudah untuk melihat aksesori di dalamnya. Sediakan juga banyak ruang penyimpanan dan cermin yang sesuai dengan ketinggian anda.

Idea Meja Solek Terbaik 2

Jika ruang terlalu sempit, tidak perlu kerusi solek dan boleh letakkan lampu di belakang cermin supaya ruang lebih cerah.

Idea Meja Solek Terbaik 3

Bermain dengan tekstur pada ruang. Gabungan pelbagai elemen mampu menciptakan karakter tersendiri pada ruang bersolek anda. Elemen seperti kaca (botol haruman & dulang hiasan), metal (bekas simpanan & kaki meja), kemasan lembut (kertas dinding, ambal dan fabrik membaluti bangku) dan kayu (meja & bingkai cermin) yang disuai padan dengan menarik memberi wajah berbeza buat pojok ini selain turut bertindak sebagai aksesori ruang.

Idea Meja Solek Terbaik 4

Gabungan pelbagai elemen ini seperti pada contoh gambar di atas sangat sesuai untuk ruang yang sempit. Jika anda mempunyai daya kreativiti dan masa lapang, ruang bersolek daripada kayu pallet seperti di atas mampu membuat ruang bilik anda nampak menarik. Padankan warna pallet dengan warna dinding ataupun pilih warna yang kontra dengan dinding tetapi sama dengan aksesori lain seperti langsir, warna katil dan sebagainya.

Idea Meja Solek Terbaik 5

Elemen warna sememang memainkan peranan penting. Padanan warna yang sedondon seperti dalam gambar di atas sudah cukup untuk menjadikan ruang bilik anda kelihatan elegan tanpa perlu gabungan elemen lain.

Idea Meja Solek Terbaik 6

Ini pula adalah elemen warna yang kontra dengan dinding dan bilik. Untuk warna yang kontra atau berlawanan dengan dinding, idea yang baik adalah dengan memadankan warna elemen lain seerti botol kaca, minyak wangi, kemasan lembut, cermin dan sebagainya dengan warna yang sama dengan meja serta kerusi.

Idea Meja Solek Terbaik 7

Ini pula hasilnya jika anda bermain dengan elemen warna yang sama dengan ruang.

Idea Meja Solek Terbaik 8

Kita sememangnya banyak terinspirasi apabila melihat kepada visual-visual menarik selain ia turut berfungsi sebagai alat hiasan yang indah. Selain gabungan elemen warna, gabungan seperti buku, gambar berbingkai wajah selebriti anggun jelita mampu memperindah ruang solek anda. Bina para khusus untuk meletakkan hiasan begini atau jika meja solek anda bersaiz besar, letakkanya di satu penjuru.

Idea Meja Solek Terbaik 9

Idea Meja Solek Terbaik 10

Bungaan segar tidak hanya memberi aura menarik pada ruang, ia turut menyuntik warna mengikut pilihan anda. Tambah menarik lagi apabila bunga pilihan anda menebarkan aroma indah yang menemani anda saat berdandan.

Idea Meja Solek Terbaik 11

Jika kamar beradu anda sudah mempunyai dinding yang dikhususkan sebagai ruang yang merangkumkan segala kenangan anda, ambil nafas dari ruang itu contohnya memilih cermin berbingkai yang seakan serupa dengan bingkai gambar pilihan anda.

Idea Meja Solek Terbaik 12

Jadikannya multi fungsi. Tidak dinafikan kebanyakkan kediaman hari ini mempunyai ruang terhad untuk anda menciptakan pelbagai pilihan yang berkenan di dalam hati. Satukan ruang dandanan anda bersama ruang lain seperti ruang membaca atau ruang menulis dengan menggantikan kerusi atau meletakkan lampu meja pada ruang ini saat ia berubah fungsi.

Loading...

Tags: #12 idea meja solek wanita #dekorasi kamar bilik #dekorasi meja solek #dekosrasi ruang solek #Idea meja solek pilihan #idea menarik untuk meja solek #idea menghias meja solek #idea menghias ruang solek #meja berdandan #meja hias diri wanita #meja solek #meja solek moden #meja solek ringkas #padanan warna ruang solek #ruang solek wanita #ruang solekan

Idea Permainan DIY Buat Anak Anda. Aktiviti Keluarga Di Waktu Lapang
Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Ke mana saja anak anda itu pergi,
Perangkap Cicak Rumah D.I.Y Paling Ringkas & Berkesan!
Kita sering kali marah dengan kehadiran cicak di dalam rumah, lebih-lebih lagi apabila
12 Idea Pasu Bunga DIY Menarik Yang Boleh Anda Cuba!
Barang-barang terpakai jangan dibuang begitu sahaja kerana terdapat banyak idea kreatif untuk menggunakannya
Tips Menarik Membersihkan Lantai Kediaman Tanpa Perlu Kos Yang Mahal
Sesiapa sahaja pasti inginkan lantai kediaman bersih berkilat tanpa kotoran dan habuk. Namun,

Leave a reply "Idea Meja Solek Pilihan Yang Menceriakan Ruang Kamar Anda"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.