Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Apa yang anda perlukan?

Buat Meja Diy 1

  • 3 Kayu pallet
  • Gergaji kayu
  • Tukul dan pahat
  • Paku
  • Kertas pasir
  • Playar kacip
  • 4 Caster wheel
  • Bolt (carriage bolt), ring dan nat
  • Pemutar skru dan skru
  • Wood stain dan berus
  • Hand drill

Cara membuat meja kopi DIY

Saiz biasa kayu pallet terlalu besar untuk ruang tamu. Jadi, kita perlu memotongnya menjadi separuh. Kita namakan bahagian yang ditandai seperti gambar di bawah sebagai bahagian A iaitu bahagian permukaan atas meja kopi dan dengan menggunakan kayu pallet kedua, potong dengan cara yang sama dan ditandai sebagai bahagian B.

Buat Meja Diy 2

Gariskan bahagian yang hendak dipotong dengan pembaris dan pensel. Kemudian, gunakan gergaji.

Buat Meja Diy 3

Setelah kedua-dua bahagian dipisahkan, slats dari bahagian B yang ditandai seperti gambar di bawah diperlukan untuk permukaan atas meja kopi di bahagian A.

Buat Meja Diy 4

Jadi, gunakan tukul dan pahat untuk memisahkan slats dari bahagian B.

Buat Meja Diy 5

Setelah slats ditanggalkan dari bahagian B, tanggalkan paku-paku pada bahagian slats dengan menggunakan playar kacip.

Buat Meja Diy 6

Letakkan empat slats yang ditanggalkan pada bahagian B tadi di antara celahan slats di bahagian A.

Cantumkan slats ke permukaan bahagian A dengan menggunakan tukul dan paku. Pastikan semuanya dipaku dengan kemas dan tiada yang longgar.

Buat Meja Diy 8

Untuk membuat kaki meja, gunakan kayu pallet ketiga. Bahagian kaki meja ditandai sebagai bahagian C, seperti dalam gambar di bawah. Kita memerlukan 2 bahagian seperti ini sebagai kaki meja. Potong bahagian ini dengan gergaji.

Buat Meja Diy 9

Slats pada pallet ketiga diperlukan untuk menguatkan struktur meja dan juga berfungsi untuk mengikat. Dua slats dari pallet ketiga ini ditandai sebagai bahagian D seperti ditunjukkkan dalam gambar di bawah.

Buat Meja Diy 10

Ukur bahagian D menyamai panjang bahagian A. Potong dengan gergaji. Apabila semua bahagian telah disiapkan, dengan menggunakan kertas pasir, ratakan dan halusi permukaan atas meja kopi (bahagian A). Apabila selesai, dengan menggunakan berus, sapukan wood stain dengan pilihan warna anda pada semua bahagian A, B, C dan D.

Buat Meja Diy 11

Buat Meja Diy 12

Tebuk lubang menggunakan drill pada bahagian yang akan dicantumkan dengan bolt dan nat seperti dalam gambar di bawah.

Buat Meja Diy 13

Buat Meja Diy 14

Pada permukaan bawah kaki meja, pasangkan caster wheel dengan menggunakan skru dan pemutar skru.

Buat Meja Diy 15

Dan meja kopi yang unik sudahpun siap!

Buat Meja Diy 16

Buat Meja Diy 17

Tags: #buat sendiri meja #buat sendiri perabot #DIY coffee table #how to make coffee table #kayu pallet #meja diy #Meja kopi buatan sendiri #meja kopi DIY #meja kopi homemade #meja kopi kayu pallet #meja kopi kreatif DIY #pallet coffee table DIY #perabot kayu pallet

10 Idea Rak Pakaian Yang Simple Untuk Kediaman Anda
Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan dan menyusun pakaian dengan tersusun dan kemas. Selain
Idea Meja Solek Pilihan Yang Menceriakan Ruang Kamar Anda
Kebanyakan kaum wanita sangat memerlukan ruang meja solek sebagai tempat untuk bersolek dan
10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!
Biarpun anda telah menyusun sebaik-baik, mungkin kasut-kasut yang ada pasti akan kembali tungang-langgang.
10 Idea Mencipta Sangkar Kucing Paling Menarik Boleh Anda Cuba!
Berikut adalah 10 rekabentuk sangkar kucing buatan sendiri yang boleh anda buatkan untuk

Leave a reply "Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet"