Bagaimana Melatih Anak Supaya Tidak Lagi Memakai Pampers?

Melatih Anak Supaya Tidak Lagi Memakai Pampers

Proses bercerai lampin ini merupakan salah satu proses dalam perkembangan kanak-kanak dalam membesar. Ada yang anak hampir lima tahun masih memakai pampers dan ada ada yang seawal usia dua tahun sudah bersedia untuk ke tandas sendiri.

Bukan mudah sebenarnya mengajar anak supaya tidak lagi memakai pampers. Lebih-lebih lagi jika anak masih kecil dan ragamnya luar biasa. Didikan awal adalah penting untuk pembelajaran anak-anak.

Semasa peringkat umur ini, mereka senang mengikut arahan dan melakukannya tanpa perlu dipaksa. Latihan yang kerap juga akan membentuk daya fikir mereka untuk jadi lebih kreatif. Latihan ini memerlukan kesabaran yang tinggi, komitmen dan usaha yang berterusan oleh si ibu.

Cara melatih anak untuk tidak lagi memakai pampers

  1. Kerap Membawa Anak Ke Tandas

Anak-anak perlu diajar apa yang ada di tandas. Pada masa ini, sifat ingin tahu mereka terhadap perkara baru sentiasa ada. Terangkan fungsi dan kegunaan barangan tersebut. Selain itu, anak-anak juga perlu dibawa ke tandas sentiasa. Contohnya dalam 4 atau 5 jam sekali, bawa mereka ke tandas. Walaupun mereka tidak bercakap tetapi apabila kita bawa, mereka tetap akan membuang juga. Ini dapat mengelakkan mereka dari menahan kencing yang boleh menyebabkan penyakit.

  1. Pastikan Tandas Dalam Keadaan Bersih

Persekitaran tandas perlu dipastikan bersih supaya anak tidak berasa geli untuk masuk. Lebih-lebih lagi jika ada lipas yang boleh menjadi mereka takut untuk masuk ke dalam tandas. Anda juga boleh beli pewangi supaya berbau harum.

  1. Membeli Potty Train

Anda boleh membeli potty train yang dapat dijadikan item pembelajaran untuk anak membuang air besar. Pada peringkat pertama, suruh mereka duduk dahulu bagi menambah keseronokan ketika duduk di atas potty train. Ini dapat mempercepatkan latihan untuk tidak memakai pampers dan yang penting pastikan potty train sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan kuman dan rasa yang tidak menyenangkan kepada anak-anak anda.

  1. Tidak Memakai Pampers Semasa Berada Di Rumah

Bagi suri rumah, boleh mengajar anak untuk tidak memakai pampers bermula mereka terjaga dari tidur. Sebaik sahaja mereka mandi, anda boleh pakaikan anak-anak pakaian yang senang ditanggal supaya masa untuk mereka ke tandas menjadi cepat. Manakala bagi ibu bapa yang bekerja, anda boleh melatih anak-anak di waktu malam. Lebih baik anda habiskan masa yang berkualiti dengan mereka supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Apabila tiba hujung minggu,anda boleh melatih secara bergilir-gilir antara suami dan isteri.

  1. Melatih Anak Membuang Air Kecil Sebelum Tidur

Walaupun anda memakaikan lampin kepada mereka, pastikan juga mereka buang air kecil sebelum hendak tidur. Ini bagi mengelakkan kebocoran lampin dan memberikan keselesaan semasa mereka tidur.

  1. Membeli Pakaian Dalam Kanak-Kanak

Pakaian dalam dapat mengurangkan rasa tidak selesa kepada anak-anak yang biasa memakai pampers. Lagipun harganya adalah mampu milik dan beraneka jenis mengikut kesukaan anak anda. Jangan beli yang terlalu ketat atau kain yang boleh menyebabkan mereka tidak mahu untuk memakainya lagi.

  1. Jangan Marah Kepada Kanak-Kanak

Anda juga perlu bersabar semasa melatih anak-anak untuk tidak memakai pampers. Pada peringkat permulaan, biasanya mereka akan terkencing dahulu dan barulah memberitahu kepada anda. Sekiranya anda marah, jiwa mereka akan memberontak sehingga menyebabkan mereka tidak mahu untuk tidak memakai pampers.

  1. Teman Anak Semasa Di Tandas

Jangan biarkan anak anda berada di tandas berseorangan. Ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya permukaan tandas adalah licin atau terdapat tadahan air yang boleh menyebabkan mereka bermain air.

  1. Atur Jadual Untuk Buang Air

Sebelum tidur, jangan lupa ingatkan anak-anak anda untuk segera buang air atau atur jadual buang airnya secara berkala. Misalnya , 3 jam sekali atau terserah pada anda sehingga anak-anak terbiasa melakukannya seorang diri.

  1. Beri Pujian Kepada Anak

Apabila anak mula belajar untuk tidak lagi menggunakan pampers, berikan pujian kepada mereka. Mereka perlu diyakinkan bahawa tanpa pampers sebenarnya tidak akan terjadi apa-apa pada mereka.

  1. Gunakan Alas Tidur

Pada tempoh awal berhenti menggunakan pampers, biasanya anak-anak akan gelisah ketika ingin tidur. Oleh itu, agar mereka tidak gelisah akan terbuang air ketika tidur dan tetap merasa selesa ketika tidur, anda boleh menggunakan alas tidur di bawah tempat tidurnya. Gunakan jenis rubber mat atau pelbagai jenis yang kalis air.

Loading...

Tags: #anak besar pakai pampers #anak selalu pakai pampers #Anakku pakai pampers #Bagaimana Melatih Anak Supaya Tidak Lagi Memakai Pampers #bercerai pampers #Cara Berkesan Latih Anak Bebas Pampers #Cara melatih anak supaya tidak lagi memakai pampers #cara mengajar anak supaya tidak memakai lampin #cara mengajar anak untuk membuang air sendiri #Dah besar pun pakai pampers #Latih Anak Usia 2 Tahun Berhenti Pakai Pampers #melatih anak supaya tidak memakai lampin #pampers #tips melatih anak bercerai lampin #Tips Melatih Anak ke Tandas Atau Potty Training #tips mengajar anak ke tandas #tips mengajar anak tidak memakai pampers

11 Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang Dan Cuti Panjang
Bukan selalu semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama bagi sesebuah keluarga besar. Mungkin
Idea Permainan DIY Buat Anak Anda. Aktiviti Keluarga Di Waktu Lapang
Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Ke mana saja anak anda itu pergi,
Anak Degil Dan Suka Melawan. Ini Cara Menanganinya
Anak yang degil dan suka melawan memang benar-benar menguji kesabaran. Kadang-kadang ibu bapa
Cara Memupuk Tabiat Kewangan Kanak-kanak & Mendidik Anak-anak Dengan Wang
Pendidikan kewangan semenjak usia muda adalah sangat penting bagi memupuk budaya menabung dalam

Leave a reply "Bagaimana Melatih Anak Supaya Tidak Lagi Memakai Pampers?"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.