Anak Degil Dan Suka Melawan. Ini Cara Menanganinya

Anak Degil Dan Suka Melawan. Ini Cara Menanganinya

Cara Atasi Anak Degil Dan Suka Melawan

Anak yang degil dan suka melawan memang benar-benar menguji kesabaran. Kadang-kadang ibu bapa mula menjadi stress.

Namun, sudah lumrah anak-anak kecil bersikap aktif dan cergas. Mereka juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, suka meneroka, cepat bosan dan berani mencuba perkara baru.

Semangat ini memang sepatutnya dipunyai oleh setiap anak untuk membantu mereka mengenal dunia. Namun, adakalanya sikap ini boleh menjadikan mereka kurang fokus terhadap percakapan dan arahan si ibu atau si bapa.

Apa yang perlu dilakukan jika anak tidak mahu mendengar kata? Bagaimana untuk mendisiplinkan anak suka melawan, memberontak dan degil?

Jawapannya ialah konsisten dan sabar untuk mengubah perilaku anak. Menurut seorang ahli psikologi, Ben Martin, untuk mendisiplinkan anak yang kerap melawan, ibu bapa boleh ingat 5 C ini, iaitu:

  • clarity (jelas)
  • consistency (konsisten)
  • communication (komunikasi)
  • caring (ambil berat)
  • creating social responsibility (membina rasa bertanggungjawab).
  1. Clarity (Anda kena jelaskan peraturan pada mereka)

Untuk mendisiplinkan anak suka melawan dan degil, anda perlu menjelaskan dan memberi spesifikasi tentang peraturan, had dan apa-apa yang anda harapkan dari mereka. Anda boleh tulis supaya anak boleh membacanya. Dan penting untuk anda jelaskan peraturan anda tetapi jangan melampaui had.

Contoh ayat yang boleh digunakan :

“Ibu tahu awak ada cara awak sendiri, tapi ini yang ibu harap awak buat.“

  1. Consistency (Konsisten) 

Jika anda sudah memberi arahan dengan jelas, anda harus kekalkan momentum itu. Begitu juga dengan akibat mengikut atau tidak arahan anda. Tapi jangan terlalu berkeras hingga tidak memikirkan keperluan emosi anak anda.

  1. Communication (Komunikasi) 

Libatkan anak semasa hendak membuat peraturan. Biar mereka rasa anda adil dan mengambil tahu pendapat mereka juga. Itu juga akan membuatkan mereka lebih senang untuk mendengar arahan anda.

  1. Caring (Ambil berat) 

Sangat penting semasa mendisiplinkan anak yang kerap melawan, anda harus tunjukkan yang anda mengambil berat tentang mereka. Apa yang mereka rasa? Jadi jika mendisiplinkan mereka, jangan sehingga mereka rasa anda tidak suka diri mereka.

  1. Creating Social Responsibility (Membina rasa tanggungjawab)

Rasa tanggungjawab secara automatiknya akan membuatkan mereka lebih mudah mendengar kata. Jadi bina rasa tanggungjawab dalam diri anak anda. Tunjukkan anda percaya untuk dia selesaikan tugasan yang diberikan.

Bagaimana jika anak suka melawan dan masih tidak berubah?

Memang sungguh mengecewakan apabila kita telah cuba pelbagai cara namun seperti tidak membuahkan hasil. Akan tetapi, sabar adalah kunci utama. Mereka memerlukan masa.

Menurut ahli psikologi Carl Pickhard, ibu bapa harus membuang idea yang mereka ada kawalan sepenuhnya terhadap anak mereka. Sebenarnya mereka hanya boleh menggalakkan perilaku anak.

Untuk mendekati anak suka melawan, ada beberapa perkara yang perlu diingati:

  1. Kenal pasti punca

Adakah perangai itu berpunca dari apa-apa perubahan, seperti penambahan ahli keluarga baru, berpindah rumah baru, atau sekolah baru? Ambil tahu apa yang menjadikan mereka suka melawan dan cuba letakkan diri anda di tempat mereka.

  1. Jangan ambil hati

Kadang-kadang mereka melawan bukanlah kerana mereka membenci atau tidak suka dengan anda. Tapi mereka mungkin marah dengan diri mereka sendiri namun tidak tahu bagaimana meluahkannya. Jadi anda harus bersabar, mengambil berat tentang mereka dan percaya yang mereka boleh berubah.

  1. Jangan putus asa

Mendidik manusia untuk menjadi manusia memang bukan mudah. Tapi jika anda sebagai ibu bapa mereka sendiri tidak percaya dengan mereka, siapa lagi? Berikan galakan yang positif. Biar mereka tahu anda ada untuk mereka.

  1. Bertolak ansur

Janganlah terlalu tegas inginkan cara sendiri hingga terlupa untuk mempertimbangkan cara orang lain yang mungkin lebih berkesan. Apa yang baik kita ambil dan ikut. Tiada istilah keibubapaan yang sempurna, tetapi kita boleh sentiasa memperbaiki untuk anak-anak.

Bagaimana mengambil hati dan melembutkan hati anak?

Terdapat teknik tertentu yang boleh anda amalkan agar dapat melembutkan hati anak yang degil dan suka melawan ini agar anak anda betul-betul mendengar percakapan anda.

  1. Panggil nama mereka dengan intonasi yang lembut

Intonasi memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Ini kerana, sebelum anak anda dapat memahami perkataan, mereka terlebih dahulu memahami intonasi dan amat sensitif terhadap perasaan anda. Oleh sebab itulah bayi boleh menangis apabila anda bergurau dengan berpura-pura memarahi mereka.

Beri sedikit masa untuk mereka untuk mengalih perhatian daripada sesuatu yang sedang mereka buat kepada percakapan anda. Jangan biasakan anak untuk hanya bertindak terhadap jeritan anda. Ini kerana, anak anda menganggap anda tidak serius dan boleh dilengahkan semasa pertama kali menyuruh mereka membuat sesuatu.

  1. Beri perhatian pada hal yang sedang mereka lakukan

Ada masanya, mungkin anak-anak tidak bermaksud untuk melengahkan perkara yang anda arahkan. Sebaliknya, barang kali mereka rasa tidak didengari. Contohnya, apabila anak balik dari sekolah, anda terus suruh mereka mandi tanpa sepatah perbualan atau pertanyaan bersama mereka.

Padahal, mungkin mereka melalui hari yang sukar dan amat meletihkan di sekolah tadi. Secara tidak langsung anda mengabaikan perasaan mereka.

Sebagai manusia biasa, mesti kita juga akan sedih dan kecewa apabila rasa kehadiran ini tidak dihargai. Jadi, cubalah beri perhatian terhadap hal yang sedang dan telah dilakukan oleh anak anda.

Luangkan lebih masa bersama mereka. Waktu malam antara pukul 8 hingga pukul 10 adalah waktu yang sangat baik untuk anda memberi banyak perhatian dan meluangkan waktu anda bersama anak-anak.

  1. Sentiasa mendoakan anak

Selain memperbaiki komunikasi dan hubungan dengan anak, kita juga perlu memperbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan diri sendiri. Dengan cara ini, kita boleh melihat sesuatu dari sudut pandangan yang lebih positif setiap hari.

Penawar Anak Degil dan Suka Melawan Melalui Doa dan Amalan Islam

Kaedah 1

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini dan juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah 2

Ini salah satu petua boleh diamalkan, petua ini terdapat dalam kitab lum’atul aurat (kitab karangan ulama terdahulu). Pertama sekali, ibu ayah perlu ambil 3 helai rambut anak atau boleh juga bulu roma tangan dan betis.  Ia berkesan untuk merawat hati yang keras, degil dan keras kepala. Kemudian letakkan 3 helai rambut itu di atas tapak tangan kanan kita dan bacalah doa berikut:

  • Surah Al-Fatihah sebanyak 33, 7 atau 3 kali.
  • Ayat Kursi mengikut bilangan Al-Fatihah yang dibaca.
  • Selawat Syifa’ sekali.
  • Surah Fath (ayat 1-5) mengikut bilangan Al-Fatihah yang dibaca.
  • Surah Thaha (ayat 1-5) mengikut bilangan al-Fatihah yang dibaca.
  • Zikir Ya Halim 1000 kali.
  • Zikir Ya Rahim 1000 kali.

Hembus pada 3 helai rambut di atas tangan dan boleh buang rambut tersebut. Kemudian gosok kedua-dua tapak tangan anda dan sapu dari atas hingga ke bawah rambut anak sambil baca Al-Fatihah dan berniat untuk melembutkan hati anak.

Kaedah 3

Amalkan doa melembutkan hati anak yang degil. Doa melembutkan hati anak yang degil dalam rumi:

Bacaan : Allahulathiifum bi’ibaadihii, yarzuqumayyasak’ wahuwal qawiyyul ‘aziiz…

Maksudnya:

“Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Surah As-Syuraa, Ayat 19)

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. InsyaAllah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

Kaedah 4

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang degil dan suka melawan ibu bapa adalah dengan memberi minum dan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu bapa. Caranya seperti berikut:

  • Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
  • Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.
  • Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
  • Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
  • Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
  • Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
  • Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
  • Beri minum air tersebut kepada mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Kaedah 5

Mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali. Kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa di bawah.

Bacaan : Ya ayyuhallazi na aamanusbiruu washo biruu waro bithu wattaqullaha la’allakum tuflihuun…

Maksudnya : “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah ‘Ali Imran, Ayat 200)

Rujukan :

https://my.theasianparent.com

http://didakwah.blogspot.com


Carian Berkaitan

bagaimanakah cara untuk mendidik anak yang nakal dan degil supaya mendengar kata, cara didik anak degil
Loading...

Tags: #amalan melembutkan hati anak #Anak degil #anak nakal #anak suka melawan #anak suka memberontak #anak tak dengar arahan #anak tidak mendengar kata #cara dan penawar untuk anak degil #cara mendidik anak degil #cara mendidik anak degil tanpa perlu marah #cara mendidik anak yang suka melawan #cara tangani anak degil #doa anak degil #melembutkan hati anak degil #melembutkan hati anak yang degil #nak buat macam mana anak nakal #penawar anak degil #petua islam dalam mendidik anak #petua islam mengatasi anak degil dan suka melawan #petua melembutkan hati anak degil #tips atasi anak degil #tips mengatasi anak degil #Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

Turunkan Kolesterol Tinggi Dalam Darah Dengan 5 Jenis Susu Ini
Kolesterol penting bagi tubuh untuk menghasilkan: Sel-sel membran Hempedu Sesetengah hormon Vitamin D
Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Anak Tidak Suka Makan Sayur? Ini Tips Boleh Ibu Bapa Cuba!
Tips Mengajar Anak Tidak Suka Makan Sayur Sayur dan buah-buahan bukanlah makanan kegemaran
Ketahui 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita
25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita Wanita adalah perhiasan indah di dunia.
  1. author

    gamefly free trial3 weeks ago

    Does your site have a contact page? I’m having a tough time
    locating it but, I’d like to shoot you an email. I’ve got some recommendations for your blog you might be interested in hearing.
    Either way, great site and I look forward to seeing it grow over time.

    Reply
  2. author

    gamefly free trial2 weeks ago

    You should be a part of a contest for one of the greatest websites on the web.
    I will highly recommend this site!

    Reply
  3. author

    gamefly free trial2 weeks ago

    Hi, just wanted to tell you, I enjoyed this post. It was
    helpful. Keep on posting!

    Reply
  4. author

    gamefly free trial2 weeks ago

    Hey there just wanted to give you a quick heads up. The text in your article seem to
    be running off the screen in Ie. I’m not sure if this is a
    formatting issue or something to do with internet browser compatibility but I thought I’d post to let
    you know. The layout look great though! Hope you get the issue fixed soon. Cheers

    Reply
  5. author

    gamefly free trial2 weeks ago

    Hmm it seems like your website ate my first comment (it
    was super long) so I guess I’ll just sum it up what I had written and say, I’m thoroughly enjoying your blog.

    I as well am an aspiring blog writer but I’m still new to the whole thing.
    Do you have any helpful hints for newbie blog writers?
    I’d certainly appreciate it.

    Reply
  6. author

    gamefly free trial2 weeks ago

    Hello my friend! I wish to say that this article is
    awesome, great written and come with approximately all significant infos.

    I’d like to see more posts like this .

    Reply
  7. author

    gamefly free trial2 weeks ago

    Wonderful website. Lots of helpful information here.
    I’m sending it to a few buddies ans also sharing in delicious.
    And obviously, thank you for your sweat!

    Reply
  8. author

    http://tinyurl.com/y52vs2fm1 week ago

    This is my first time visit at here and
    i am genuinely pleassant to read all at alone place.

    Reply
  9. author

    gamefly free trial1 week ago

    Great items from you, man. I’ve have in mind your stuff previous to and you are simply extremely excellent.
    I really like what you have got right here, really like what you are stating and the way
    during which you are saying it. You make it entertaining
    and you still care for to stay it sensible. I cant wait to learn far
    more from you. That is actually a tremendous website.

    Reply
  10. author

    ps4 games 2015-16 ign1 week ago

    Hi! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine Optimization? I’m trying to get
    my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.
    If you know of any please share. Thank you!

    Reply
  11. author

    gamefly free trial 2019 coupon1 week ago

    Thanks on your marvelous posting! I actually enjoyed reading
    it, you will be a great author. I will remember to
    bookmark your blog and will eventually come back at some point.
    I want to encourage yourself to continue your
    great writing, have a nice morning!

    Reply
  12. author

    ps4 best games ever made 20195 days ago

    Wow! After all I got a blog from where I know how to really take valuable information regarding my study and knowledge.

    Reply
  13. author

    quest bars cheap3 days ago

    Incredible story there. What happened after? Thanks!

    Reply
  14. author

    quest bars cheap3 days ago

    What’s up, its nice article about media print, we all
    know media is a enormous source of facts.

    Reply
  15. author

    quest bars24 hours ago

    I have learn a few good stuff here. Definitely value
    bookmarking for revisiting. I surprise how much effort you set to
    make this sort of fantastic informative website.

    Reply
  16. author

    http://tinyurl.com/5 hours ago

    Stunning quest there. What happened after?
    Thanks!

    Reply

Leave a reply "Anak Degil Dan Suka Melawan. Ini Cara Menanganinya"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.