Amalan Dan Petua Mendapatkan Zuriat

Amalan Dan Petua Mendapatkan Zuriat

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang.

Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuan-Nya akan redha dengan segala yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan Pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan Kedua

  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Amalan Ketiga

Isteri hendaklah amalkan zikir “Ya Khaliq” (Maha Pencipta), “Ya Baarii” (Maha Merancang), “Ya Musawwir” (Maha Menjadikan Rupa Bentuk) 1000 kali sehari, “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan AdaNya) 333 kali sehari, “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali dan tiupkan dalam air lalu minum.

Amalan Keempat

Mengamalkan surah tertentu setiap hari (suami dan isteri)

  • Surah Maryam – mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat
  • Surah al-Fatihah –  baca 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh dan amalkan selama 40 hari.
  • Ayat Kursi – menghindar 1000 kali kesukaran dunia dan 1000 kali kesukaran akhirat.
  • Surah Yusuf – murah rezeki & diberi kemuliaan, terhindar drpd kesulitan hidup.
  • Surah Yasin – ditunaikan segala hajat.
  • Surah Kahfi – murah rezeki (baca malam Jumaat)

Amalan Kelima

Ambil segenggam kurma (lebih kurang 4 biji), kisarkan bersama 2 gelas susu kambing. Suami dan isteri minum segelas seorang. Amalkan sekali seumur hidup (sudah mencukupi).

Amalan Keenam

Amalkan Doa Nabi Zakaria;

رَبِّ هَبْ لى‏ مِنْ لَدُنْكَ ذُرِيَّةً طَيِّبَةً اِنَّكَ سَميعُ الدُّعاء
Ertinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”

  • Setiap kali selepas solat fardhu dan sunat.
  • Semasa bermusafir.
  • Sebelum berbuka puasa.
  • Doa ini memang perlu hafal dimulut dan dihati – amalkan setiap masa.
  • Sebaiknya, sebelum membaca doa ini, baca dahulu istighfar 11 kali, Selawat Nabi 11 kali, Al-Fatihah 1 kali dan Ayat Kursi 1 kali.

Amalan Ketujuh

Amalkan surah ‘Ali-Imran, ayat 38;

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ertinya : “Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Serta surah al-Anbiya, ayat 89

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Ertinya :“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Amalan Kelapan

Perbanyakkan bersedekah. Sedekah membuka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Setiap harta yang dikeluarkan akan dibalas dengan 700 kali ganda dan dikurniakan kehidupan yang mudah. Allah Ta’ala berfirman:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.” (surah al-Baqarah, ayat 261)

Bersedekahlah, walau di mana sahaja. Yang penting apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Kemudian, mintalah mereka mendoakan untuk kita agar dikurniakan Allah dengan zuriat yang soleh.

Amalan Kesembilan

Amalkan solat sunat Dhuha.

  • Waktu: selepas naik matahari (dalam pukul 8pg) sehingga sebelum masuk waktu Zohor.
  • 2 rakaat atau 4, 6, 8 atau 12 rakaat, dgn 2 rakaat 1 salam atau 4 rakaat 1 salam.
  • Niat: Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala.

Amalan Kesepuluh

Amalkan Qiyamullail (Bangun Solat Malam).

  • Terutamanya ketika bulan Ramadhan, dan 10 hari terakhir.
  • Jika dapat melakukan Qiyamullail pada malam Lailatulqadar – InsyaAllah dimakbulkan.
  • Waktu: tenggelam matahari sehingga terbit fajar sadik (antara Maghrib dan Subuh).
  • Waktu terbaik: sepertiga malam terakhir (lebih kurang jam 4 pagi).
  • Solat sunat yang boleh dilakukan ialah
  • Solat Tahajjud
  • Solat Taubat
  • Solat Hajat
  • Solat Tasbih
  • Solat Istikharah
  • Solat Witir

Waktu paling afdal dan paling mustajab doa. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)

Amalan Lain

  • Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam)setiap awal pagi – untuk suami.
  • Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.
  • Baca surah al-Waqiah selepas solat Subuh.
  • Amalkan membaca surah al-Mulk selepas solat Maghrib.
  • Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baru lahir.

Petua Mendapatkan Zuriat

Diet pemakanan

  • Badam (almond) 5 biji tiap hari
  • Buah Delima
  • Buah Zaitun
  • Buah Kurma
  • Jauhi makanan yang masam, nanas, minuman bergas, makanan dan minuman yang berasid.
  • Jangan makan seafood.
  • Makan sayur dan buah-buahan.
  • Suami perlu banyak makan makanan berasid macam daging, ayam dan lain-lain.
  • Jangan minum air kelapa.

Cara senaman batin

  • Duduk bersila badan tegak
  • Selepas itu luruskan kaki kanan ke depan
  • Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri. Tarik nafas dalam-dalm (perlahan-lahan)
  • Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  • Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
  • Buat 3 kali /7 kali setiap kali selepas solat Subuh. Jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baru buat 3 kali (3 kali ke kiri, 3 kali ke kanan)

Masa berjimak

  • Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
  • Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
  • Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
  • Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
  • Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
  • Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
  • Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
  • Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
  • Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
  • Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut

  • Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah SWT.
  • Berjimak pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
  • Berjimak pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
  • Berjimak sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
  • Berjimak pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
  • Berjimak pada hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.
  • Berjimak pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
  • Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak, ia tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.
Loading...

Tags: #amal mudah dapat zuriat #amalan Islam untuk perolehi zuriat #amalan untuk dapat anak #amalan untuk mendapatkan zuriat #doa untuk dapat anak #doa untuk dapat zuriat #masa berjimak yang dilarang #masa berjimak yang dituntut dalam Islam #pasangan sukar dapat anak #petua mendapatkan zuriat #petua nak dapat anak sendiri #petua pasangan sukar dapat zuriat #susah mengandung #susah nak dapat anak #zikir untuk dapat zuriat

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Anak Tidak Suka Makan Sayur? Ini Tips Boleh Ibu Bapa Cuba!
Tips Mengajar Anak Tidak Suka Makan Sayur Sayur dan buah-buahan bukanlah makanan kegemaran
Ketahui 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita
25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita Wanita adalah perhiasan indah di dunia.
Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah
Amalan Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah Kehamilan memang saat yang amat ditunggu-tunggu

Leave a reply "Amalan Dan Petua Mendapatkan Zuriat"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.