20 Sifat Semulajadi Lelaki Yang Sesuai Dijadikan Suami. Wow!

20 Sifat Semulajadi Lelaki Yang Sesuai Dijadikan Suami. Wow!

Tiada yang sempurna dalam dunia ini, tetapi jika anda telah pun jatuh hati dengan seseorang individu itu, semua baik buruk pasangan tidak menjadi halangan buat anda untuk terus mencintainya. Namun selepas beberapa ketika, barulah anda terfikir dan sedar sama ada pilihan yang telah dibuat ini adalah tepat atau tidak.

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita. Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, berikut adalah beberapa perangai dan sifat-sifat lelaki sejati yang sesuai untuk dijadikan suami. Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

  1. Tidak takut untuk menempuh kesusahan dan bersedia untuk menyelesaikan masalah bersama-sama. Lelaki sejati tidak hanya pandai berkata-kata manis tetapi harus membuktikannya melalui perbuatan. Ketika berada dalam situasi yang sulit, mereka sentiasa ada untuk mengelap air mata anda.
  2. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  3. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  4. Sentiasa menyokong walaupun anda melakukan kesilapan. Lelaki yang supportive tidak akan terus menghukum isteri atau pasangannya atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun anda salah, dia sentiasa ada untuk memberi sokongan dan nasihat.
  5. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  6. Sentiasa alert tentang anda. ini tidak bermakna dia tahu setiap pergerakan anda atau ingat warna baju yang dipakai anda 8 hari lepas. Namun, dia sentiasa peka dengan apa yang berlaku pada diri anda.
  7. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalah gunakan kuasa dan kedudukan.
  8. Dia tahu untuk menceriakan anda. jika anda dalam keadaan sedih, dia tahu cara untuk menceriakan kembali hidup anda. dia kan membuat anda kembali tersenyum, menyokong anda dan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan anda.
  9. Dia tahu berkompromi dan berunding. Seorang lelaki yang ideal mudah untuk dibawa berbincang dan bijak untuk mengendalikan sebarang situasi tegang yang melibatkan banyak pihak serta tidak bertidak melulu.
  10. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  11. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  12. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  13. Tidak akan membiarkan anda dalam kesusahan. Kebanyakan lelaki tidak boleh memberi fokus kepada pelbagai masalah dalam satu masa. Namun mereka tidak akan membiarkan anda sendiri dalam menghadapi kesusahan dan menjadikan masalah anda sebagai keutamaan mereka.
  14. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  15. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  16. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
  17. Pendapat anda sentiasa diperlukan. Dia menjadi seorang teman yang baik, mampu memberikan pendapat antara satu smaa lain.
  18. Membantu dalam kerja-kerja rumah. Lelaki yang sejati yang menghormati dan menghargai isteri atau pasangannya, mereka tidak akan membiarkan anda keseorangan membuat kerja-kerja rumah. Dia sangat memahami situasi anda yang sedang keletihan apabila pulang kerja, lalu membantu menguruskan hal-hal rumah.
  19. Bijak dan pintar untuk mencari jalan keluar ketika menghadapi masalah. Jika pasangan anda boleh memberikan nasihat tatkala sedang mempunyai salah faham dengan keluarga, anda memang sangat bertuah.
  20. Menyediakan sendiri makan malam. Wanita moden menganggap bahawa lelaki yang pandai memasak adalah calon suami yang ideal. Tidak perlu menyiapkan makanan yang istimewa, malah dengan hanya menu ringkas pun sudah pasti akan membuat isteri atau pasangan tersenyum.
Loading...

Tags: #20 perangai dan sifat lelaki sejati yang sesuai untuk dibuat suami #apa yang perempuan suka pasal lelaki #calon suami #carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini #ciri-ciri lelaki sejati #ciri-ciri suami idaman #jenis lelaki yang baik dijadikan suami #lelaki #lelaki idaman yang sesuai dijadikan suami #lelaki pilihan wanita #perangai lelaki #perangai lelaki yang baik untuk dijadikan suami #perangai lelaki yang ideal untuk dijadikan suami #sifat lelaki baik #sifat suami #suami yang baik #tabiat lelaki

Cara Memupuk Tabiat Kewangan Kanak-kanak & Mendidik Anak-anak Dengan Wang
Pendidikan kewangan semenjak usia muda adalah sangat penting bagi memupuk budaya menabung dalam
Penipuan Pelaburan, Skim Cepat Kaya Dan Multi Level Marketing. Ini Panduan Patut Anda Tahu!
Pelbagai pelaburan berbentuk wang, mata wang digital dan juga syarikat pemasaran rangkaian (multi
Cara Mengurus Kewangan Ketika Usia 40-an
Apabila mencapai usia 40-an, anda mungkin telah berada di kemuncak kerjaya dan memperoleh
Iklan Palsu Dan Tidak Jujur. Ini Panduan Tindakan Yang Boleh Diambil Oleh Pengguna
Kita sering melihat dan mendengar iklan yang berbunyi, ‘Beli satu percuma satu’, ‘Diskaun

Leave a reply "20 Sifat Semulajadi Lelaki Yang Sesuai Dijadikan Suami. Wow!"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.