11 Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang Dan Cuti Panjang

11 Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang Dan Cuti Panjang

Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang

Bukan selalu semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama bagi sesebuah keluarga besar. Mungkin pada musim cuti perayaan dan pada cuti yang panjang, kesempatan untuk berkumpul bersama merupakan perkara yang menggembirakan.

Bagi sebuah keluarga kecil pula, waktu lapang pada waktu malam setelah masing-masing selesai menjalani kesibukan hari merupakan waktu yang baik untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga. Anak-anak pula mempunyai tenaga yang cukup banyak setiap hari. Jika tidak disalurkan pada ruang yang betul, mulalah tidak duduk diam nanti. Pada musim cuti sekolah, tugas ibu bapa di rumah berlipat kali ganda. Maka, di saat berkumpul dan waktu terluang itu lebih baik dimanfaatkan dengan permainan keluarga yang boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Berikut ialah beberapa idea permainan keluarga untuk anda cuba bersama keluarga sama ada permainan tradisional, permainan interaktif, permainan moden dan sebagainya.

  1. Uno game

Uno Game

Anda tentu pernah melihat adegan satu keluarga bermain Uno di dalam filem? Penuh dengan kegembiraan, bukan? Anda pun boleh juga. Permainan ini mampu membuat anda sekeluarga menjadi lebih akrab. Cara bermainnya mudah dan boleh dibaca peraturannya. Supaya lebih menarik, bagi keluarga yang besar, buat kumpulan yang terdiri dari tiga orang. Sediakan hukuman bagi kumpulan yang kalah.

  1. Saidina / Monopoly

Saidina Dan Monopoly

Permainan keluarga ini sesuai sekali untuk dimainkan bersama seluruh anggota keluarga. Semakin banyak ahli keluarga yang ikut bermain, maka permainan Saidina dan Monopoly akan semakin menarik dan menyenangkan. Masing-masing anggota keluarga dapat mengeluarkan jurus handalannya dalam mengatur strategi kewangan dengan baik. Tidak hanya melatih anak untuk pandai mengira melalui balingan undi dan mengira wang, malah permainan ini melatih strategi dalam membeli atau menjual properti.

  1. Permainan kad

Permainan Kad 3

Masa inilah anda keluarkan permainan minda untuk mereka beradu kemahiran yang telah diasah. Terdapat pelbagai permainan kad yang boleh anda cuba sesuai dengan usia anak-anak ataupun sesuai dengan usia ahli keluarga yang terlibat. Contohnya, bagi anak-anak yang masih kecil dan di bangku sekolah, anda boleh mencuba permainan kad seperti Happy Family, Donkey, Snap dan sebagainya. Anda juga boleh bermain pelbagai permainan daun terup bersama adik-beradik anda.

  1. Puzzle

Puzzle Games 4

Puzzle boleh menjadi permainan keluarga yang menyenangkan. Saling bekerjasama dalam mencari pecahan puzzle yang tepat dan menyusun puzzle hingga selesai. Selain dapat meningkatkan bonding antara keluarga, permainan sederhana ini juga memiliki manfaat bagi kesihatan otak. Khususnya otak si kecil yang akan semakin terasah kerana permainan ini melatih fokus dan ingatan serta kemampuan problem solving pada anak.

  1. Sahibba / Scrabble

Sahibba 5

Dengan bermain permainan ini pemain harus mengumpulkan mata berdasarkan nilai kata yang dibentuk dari kepingan huruf di atas papan permainan berkotak-kotak. Sesuai dimainkan oleh semua lapisan umur, sama ada untuk si anak yang baru bersekolah ataupun si ayah yang telah tua.

  1. Video game

Video Games 6

X-Box 360, PlayStation 4, atau apa-apa sahaja permainan video masa kini sememangnya menyeronokkan dan mampu membina ikatan kekeluargaan jika dimainkan bersama-sama saat berkumpul.

  1. Main masak-masak

Main Masak Masak 7

Masa inilah semua kemahiran memasak diturunkan antara generasi. Masak donut boleh, buat air sirap pun jadi dan pastinya merupakan ilmu baru yang bermanfaat. Bagi keluarga kecil, layanlah anak-anak anda bermain masak-masak dengan set alatan masak yang dibeli atau dibuat sendiri.

  1. Main sorok-sorok

Main Sorok Sorok 8

Permainan zaman-berzaman ini tidak pernah membosankan.

  1. Buku aktiviti

Buku Aktiviti Anak Anak 9

Di kedai buku ada pelbagai buku interaktif yang mempunyai aktiviti dan misteri untuk anak kecil anda selesaikan. Ini mampu mengisi masa lapang mereka dengan bermanfaat.

  1. Menara syiling

Menara Syiling Mainan 10

Permainan ini akan melatih fokus dan kesabaran para pemainnya. Hanya memerlukan duit syiling pelbagai saiz dan nilai. Sudah pasti anda mempunyai banyak duit syiling di rumah, bukan? Cara bermainnya juga mudah. Pemain dibahagi menjadi 2 kumpulan; masing-masing diberi duit syiling dengan jumlah yang sama banyak. Setiap anggota kumpulan secara bergantian menyusun syiling dalam waktu 30 saat. Kumpulan yang paling banyak menyusun syiling atau yang terlebih dahulu selesai adalah pemenangnya.

  1. Camping dalam rumah

Permainan Camping 11

Bantal, selimut, kain dan pelbagai alatan disusun menjadi khemah. Pasti ini menyeronokkan bagi anak-anak.

Loading...

Tags: #11 idea permainan keluarga di waktu lapang dan cuti panjang #board game #cuti sekolah nak buat apa #game night #Idea permainan kanak-kanak #isi masa cuti sekolah #isi masa dengan anak #kanak kanak #mainan anak #mainan kanak-kanak #permaianan keluarga pada cuti sekolah #permainan anak #permainan interaktif untuk keluarga #permainan keluarga saat berkumpul #permainan terbaik untuk dimainkan bersama keluarga #permainan tradisi untuk keluarga

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Anak Tidak Suka Makan Sayur? Ini Tips Boleh Ibu Bapa Cuba!
Tips Mengajar Anak Tidak Suka Makan Sayur Sayur dan buah-buahan bukanlah makanan kegemaran
Ketahui 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita
25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita Wanita adalah perhiasan indah di dunia.
Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah
Amalan Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah Kehamilan memang saat yang amat ditunggu-tunggu

Leave a reply "11 Idea Permainan Keluarga Di Waktu Lapang Dan Cuti Panjang"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.