10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Biarpun anda telah menyusun sebaik-baik, mungkin kasut-kasut yang ada pasti akan kembali tungang-langgang. Bukan apa, selagi anda tidak menggunakan rak kasut pasti masalah ini tidak akan selesai. Bagaimana caranya untuk menyediakan laluan masuk ke rumah agar bebas selerak, bersiap pada waktu pagi dengan lancar setiap hari? Gaya storan kasut dengan idea rak kasut yang kreatif membantu menjadikan kasut atau selipar untuk ke luar rumah anda mudah dicapai tanpa menggunakan banyak ruang anda.

Berikut ialah 10 jenis rak dan teknik menyimpan kasut agar tidak sahaja lebih tersusun kemas malah memberikan cetusan yang elegan pada penataan mahligai anda.

  1. Rak Ikea

1 Rak Ikea

Rak kasut seperti ini mudah didapati di Ikea. Apabila dilekatkan pada dinding, rak ini kelihatan elegan dan kemas, malah turut menjimatkan ruang bagi rumah yang tidak luas.

  1. Rak Nipis Horizontal

2 Rak Nipis

Bagi yang sukakan rak kasut yang kemas, anda boleh cuba letakkan 2 kayu kecil pada dinding dan letakkan kasut anda di antaranya.

2 Idea Rak Kasut

Selain rak DIY, anda juga boleh mendapatkan rak horizontal yang diperbuat daripada aluminium seperti dalam gambar di atas.

  1. Susunan Kreatif

3 Idea Rak Kasut

Bagi yang sukakan kreativiti, anda boleh buat susunan sebegini pada bucu dinding. Rak DIY seperti di atas boleh dibuat dengan pelbagai medium sama ada kayu, bahan buangan mengikut kreativiti anda. Menarik, bukan?

  1. Rak Daripada Tin Cat atau Tin Milo

4 Tin

Tin atau apa jua bekas silinder boleh digunakan untuk dijadikan rak seperti di atas. Dengan kreativiti anda, olah ruang untuk menyimpan kasut anda kelihatan menarik dan kemas. Selain itu, kemasan warna bersesuaian pada tin atau bekas silinder pasti akan membuatkan rak kasut begini lebih menarik.

  1. Rak DIY Daripada Kayu Pallet

5 Diy

Terdapat bayak idea untuk membuat rak DIY menggunakan kayu pallet. Ini adalah salah satu contoh rak DIY yang dapat menjimatkan ruang dan sesuai untuk ruang masuk yang sempit. Kemasan warna yang menonjol ataupun warna yang serasi dengan dinding akan mengubah bahagian yang sempit di ruang masuk menjadi lebih menarik.

  1. Rak Kayu Besar

6 Idea Rak Kasut

Penyelesaian yang sempurna, rak kayu untuk sejumlah besar kasut ini dapat menempatkan pelbagai jenis kasut.

  1. Penyangkut Buatan Sendiri

7 Idea Rak Kasut

Idea seperti ini agak menarik. Mengikut kreativiti anda, pastikan padanan warna yang sesuai dengan latar serta tempatkan rak penyangkut sebegini di ruang yang strategik. Tetapi bagi ruang masuk yang sempit, idea rak kasut sebegini mungkin tidak sesuai.

  1. Rak Paip

8 Idea Rak Kasut

Sesuai untuk ruang bersudut. Rak begini kelihatan simple dan kreatif.

  1. Rak Kadbod DIY

9 Idea Rak Kasut

Apa yang anda perlukan adalah kadbod yang agak tebal.

  1. Rak Kanvas

10 Idea Rak Kasut

Gantikan kebiasaan rak kasut yang dibuat daripada kayu atau material lain dengan menggunakan kotak kanvas begini sebagai tempat menyimpan kasut. Simple dan anda boleh meletakkannya atau memindahkkannya di mana-mana sahaja.

Tags: #10 idea rak kasut #idea rak kasut DIY #idea rak kasut kreatif dan menarik #idea rak kasut untuk ruang sempit #kasut #rak kasut #rak kasut besi #rak kasut DIY #rak kasut gantung #rak kasut ikea #rak kasut kayu #rak kasut kreatif untuk rumah anda #rak kasut lazada #rak kasut murah #rak kasut pallet #rak kasut sesuai #simpan kasut

10 Idea Rak Pakaian Yang Simple Untuk Kediaman Anda
Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan dan menyusun pakaian dengan tersusun dan kemas. Selain
Idea Meja Solek Pilihan Yang Menceriakan Ruang Kamar Anda
Kebanyakan kaum wanita sangat memerlukan ruang meja solek sebagai tempat untuk bersolek dan
10 Idea Mencipta Sangkar Kucing Paling Menarik Boleh Anda Cuba!
Berikut adalah 10 rekabentuk sangkar kucing buatan sendiri yang boleh anda buatkan untuk
Jenis-Jenis Autogate Di Pasaran Malaysia. Elak Dari Tersalah Pasang!
Pemasangan autogate kediaman adalah salah satu cabang keselamatan anda di rumah. Autogate berfungsi sebagai

Leave a reply "10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!"