10 Idea Mencipta Sangkar Kucing Paling Menarik Boleh Anda Cuba!

Koleksi Sangkar Kucing Paling Menarik

Idea Rekaan Sangkar Kucing Paling Menarik

Berikut adalah 10 rekabentuk sangkar kucing buatan sendiri yang boleh anda buatkan untuk kucing kesayangan di rumah.

  1. Sangkar Kucing daripada Kawat

1 Sangkar Kucing Paling Menarik

Jika ada lahan kosong di belakang rumah, mengapa tidak anda buatkan saja kandang kucing di sana? Selain boleh mempercantik, anda juga tidak perlu khawatir jika perlu meninggalkan rumah buat sementara waktu. Sangkar ini dibuat daripada kawat yang dicat berwarna hijau sehingga selaras dengan kondisi taman tersebut. Letakkan tempat tidur di dalamnya serta beberapa furniture tambahan sebagai tempat istirahat kucing.

  1. Sangkar Kucing daripada Kayu Berbentuk Lorong

2 Sangkar Kucing Paling Menarik

Halaman depan belakang rumah kosong? Daripada dibiarkan begitu saja lebih baik buat sangkar kucing berupa lorong-lorong. Kerangka lorong dibuat daripada kayu dan kemudian dinding dibuat daripada kawat agar kucing anda dapat menghirup udara bebas tanpa halangan. Jangan lupa pasang atap, cukup di bahagian atas tempat tidur kucing saja agar si kucing terlindung daripada terik matahari dan hujan.

  1. Sangkar Kucing daripada Kayu Berbentuk Kotak

3 Sangkar Kucing Paling Menarik

Sangkar di atas dibuat sendiri untuk kucing kesayangan dengan menggunakan kayu sungkai. Sangkar kucing berbentuk kotak ini boleh dipindah-pindahkan ke bahagian yang disukai kerana dipasang roda di setiap hujung kakinya. Bahagian atap dipasang atap transparent serta bahagian dalamnya terdapat dua tangga yang menghubungkan lantai dasar dan lantai kedua.

  1. Sangkar Kucing daripada Kayu Berbentuk Kubus

4 Sangkar Kucing Paling Menarik

Rekabentuk sangkar di atas dibuat daripada kerangka kayu serta berdinding kawat. Bahagian dalam yang berukuran besar diletakkan beberapa aksesori seperti batang pokok dan peralatan khusus kucing lainnya seperti alas tidur, tempat makan, dan tempat buang air. Tambahkan kerusi ataupun alas/tikar agar anda dapat bersantai bersama kucing kesayangan di dalamnya.

  1. Sangkar Kucing daripada Paip PVC dan Net

5 Sangkar Kucing Paling Menarik

Sangkar begini cukup mudah dibuat kerana hanya terdiri daripada bahan yang mudah didapati, iaitu paip PVC dan jaring plastik. Model rangkanya pun tidak terlalu rumit, hanya buatkan tiga buah penyangga untuk digunakan sebagai tempat alas tidur kucing. Pastikan anda membuatnya di lokasi yang memang sesuai untuk sangkar kucing seperti di tempat teduh kerana anda akan susah untuk memindahkannya setelah selesai dibuat.

  1. Sangkar Kucing daripada Kayu di Tepi Pagar

6 Sangkar Kucing Paling Menarik

Memanfaatkan laman belakang rumah yang kosong seperti di atas adalah idea yang baik. Beli beberapa bilah kayu dan kemudian bina rangka sangkar kucing sederhana. Kelilingi dengan kawat anti karat. Jangan lupa letakkan peralatan kucing di dalamnya.

  1. Sangkar Kucing daripada Kawat di Jendela

7 Sangkar Kucing Paling Menarik

Sangkar ini direka dengan lorong yang menuju ke rumah melalui jendela. Sangkarnya hanya dibuat daripada kawat. Pasang hammock serta papan panjang untuk dijadikan oleh kucing sebagai tempat istirahat dan arena untuk menguji kemampuan melompat. Tambahkan rumput sintetik di persekitaran sangkar kucing tersebut atau di bahagian dasar sangkar agar nampak lebih indah dan semulajadi.

  1. Sangkar Kucing daripada Kawat Berbentuk lorong dan Bertangga

8 Sangkar Kucing Paling Menarik

Idea sangkar begini sangat sesuai dibuat untuk kucing yang sangat aktif. Jika sangkar kucing biasanya berbentuk kotak saja, maka rekabentuk sangkar ini membawa idea baru agar kucing tidak bosan hanya berdiam di dalam sangkar. Kotak-kotak kawat kecil dibuat terlebih dahulu, kemudian digabungkan dan dihubungkan dengan membuat sisi terbuka.

  1. Sangkar Kucing daripada Kayu Berbentuk Rumah

9 Sangkar Kucing Paling Menarik

Dengan ukurannya yang besar, anda boleh menempatkan lebih daripada dua ekor kucing di dalamnya. Berbahan asas daripada kayu dan berdindingkan jaring kawat agar lebih tahan, bahagian pintu pula dibuat dengan paras tinggi kandang agar anda boleh keluar masuk dengan mudah. Tambahkan juga tangga menuju bahagian tempat tidur kucing. Pada bahagian dasar dibiarkan kosong tanpa ditambahkan apa-apa pun supaya kucing dapat merasakan suasana alam. Boleh juga ditambahkan rumput sintetik.

  1. Sangkar Kucing Unik daripada Kayu Berbentuk Kubah

10 Sangkar Kucing Paling Menarik

Sangkar kucing berbentuk sebuah kubah ini memang cantik jika dibuat untuk kucing tersayang. Mengapa tidak? Rekabentuknya yang unik pasti akan membuat rakan-rakan anda terkesan ketika pertama kali melihatnya. Pintu dibuat berukuran tubuh badan manusia dewasa dan bahagian belakangnya dibuat menjadi tempat tidur kucing yang dihubungkan dengan dua buah anak tangga. Dindingnya dibuat dari jaring kawat berukuran kecil. Tempatkan di taman belakang atau di halaman rumah anda.


Carian Berkaitan

buat kandang kucing sederhana tahan hujan, diy sangkar kucing kayu, lantai sangkar kucing, sangkar haiwan dari paip pvc
Loading...

Tags: #10 idea mencipta sangkar kucing paling menarik #10 idea sangkar kucing DIY #10 idea sangkar kucing yang boleh dibuat sendiri #10 reka bentuk sangkar kucing menarik #10 rekabentuk rumah kucing #10 sangkar kucing menarik untuk kucing anda #bela kucing #DIY kandang kucing #DIY sangkar kucing #idea rumah kucing #kucing rumah #Sangkar Kucing Paling Menarik #sarang kucing

Idea Permainan DIY Buat Anak Anda. Aktiviti Keluarga Di Waktu Lapang
Idea Permainan DIY Buat Anak Anda Permainan dan kanak-kanak tak dapat dipisahkan. Ke
Perangkap Cicak Rumah D.I.Y Paling Ringkas & Berkesan!
Perangkap Cicak Rumah D.I.Y Kita sering kali marah dengan kehadiran cicak di dalam
12 Idea Pasu Bunga DIY Menarik Yang Boleh Anda Cuba!
Barang-barang terpakai jangan dibuang begitu sahaja kerana terdapat banyak idea kreatif untuk menggunakannya
Tips Menarik Membersihkan Lantai Kediaman Tanpa Perlu Kos Yang Mahal
Sesiapa sahaja pasti inginkan lantai kediaman bersih berkilat tanpa kotoran dan habuk. Namun,

Leave a reply "10 Idea Mencipta Sangkar Kucing Paling Menarik Boleh Anda Cuba!"

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.